Thursday, February 21, 2008

Why Bury Head in Sand maaaah?

salam.

All I did was simply writing a short email, basically on freedom of speech. It seems people have been mentioning my name left right and centre. (dazed) Glad it all appeared to be from the linguistic perspective though. I guess it means a reputation to hold =p, and I hope it would never be like the case of a smart woman who is praised for her beauty instead of her brains, when she has both.

We might not agree on everything, but we do have similar points where we meet. I strongly advocate freedom of speech. While I recognize the manners and thin lines people must not step on, I do earnestly question the very fact that there are those lines, where they are, and drawn by whom. In other words, "Why must there be distress in the first place?"

I am not questioning provocative issues raised by people or the ethics of doing so. There's already much heated 'discussion' (I'm starting to loathe this word when it's given a restrictive connotation! Let's just call it 'attempt to reach mass agreement', that's more like it.) going on about it, and people really should know better to make present a point in an intellectual and analytical manner instead of dumping statements and letting it brew.

What I'm pointing at are people who, refusing to discuss things, are akin to ostriches burying their heads in the sand to hide from their enemies. (Am I referring to the right bird? Anyway, you get it. Haha.) And honestly, what I see is, people who are trying to be UN Peacemakers i.e. telling others not to hurt each other are the ones who are imposing their beliefs on others. The belief that people should not discuss this issue and that issue, et cetera. At least those who are arguing ARE presenting ideas and listening to others' arguments, but the peacemakers are telling people to STOP.

When I look at the intelligently-argued issues, presentations of ideas in eloquent and graceful manners, present in the mailing list, I think we're underestimating our people's ability to deal with these issues. And I do not think it right to speak on behalf of the 'silent majority' either. For Goodness' sake, if you want to be heard, if you want to exercise your rights, SPEAK UP! If you think that the discussion is one-sided, with one view predominating over the other, GO AND HAVE YOUR SAY! No point blaming others who are simply exercising their rights and taking refuge in the designations of a 'silent majority' role, presenting one's selves as victims of an unfair system.

Reminds me of those dunces who who say this party and that party is crap but don't want to vote without any mitigating circumstances.

Last point but not least. This point is general, not exactly directed to the freedom-of-speech-in-mailing-list issue. I wonder where to draw the line between succumbing to the current mindset and mentality of the people, or to reform it, not without a certain amount of - shall I say - intellectual aggression? Or since it is too thin a line, do we have to stay as far away from it as possible and remain on the safest side? Safe for our own selves, but not for the benefit of the majority.

Will post this on my blog. A good brain-exercise, writing this all out during a class-free afternoon. =)

meow~



- a comment posted in a friend's blog-

Sunday, February 17, 2008

walaupun yang mengucapkannya adalah watak wanita Zionis


Berlagak seperti pemikir romantik, kaumohon aku tafsirkan falsafah cinta. Aku fikir, cinta itu cuma lamunan manusia sepi, cinta utopia, cinta barang mewah. Aku ini bangsa buangan; diseksa Hitler gila, diusir, dicurigai di mana-mana. Aku tidak ada apa-apa. Kerana itu, aku harus menghadiahkan sesuatu pada bangsaku. Itu cintaku. Pedulilah jika kau mati kerana cintaku palsu, aku hidup demi perjuangan agung anak-anak Israel. Cinta tiada apa-apa erti sangat. Demi Yahweh, tuhan anak-anak Israel, aku telah mengangkat sumpah. Cinta agung menunggu. Hidup untuk bercinta dan bersedih, kaucarilah perempuan lain.


- Tahun Depan di Jerusalem, Azman Hussin.

:
:
:

hati yang sudah lembut ini,
aku mahu keraskan kembali.

sehingga aku cukup kuat untuk berkata,
dengan jujurnya,
cinta itu tidak perlu
tidak berguna.

untuk aku.

:
:
:

meow~

Wednesday, February 06, 2008

Tentang Debat Ala Parlimen dan Poskad

assalamualaikum,

Teringat sewaktu 'kecil-kecil' dahulu, dalam medan perbahasan, memperdebatkan topik yang bunyinya lebih kurang
"Pencerobohan Kebebasan Peribadi adalah Halal untuk Mencegah Keganasan". Ini debat Bahasa Inggeris la. Ilham para pengadil untuk meletakkan tajuk ini pun rasanya diinspirasikan oleh kempen menentang keganasan Encik Bush yang berura-ura (atau dah buat sebenarnya?) untuk memberi akses maklumat peribadi rakyat - perbualan telefon, koresponden emel, nombor Social Security, juadah makan pagi, kekerapan ke tandas dalam sehari - kepada agensi perisik. Tujuannya untuk membanteras keganasan sebelum ia sempat berputik, ala-ala "cegah sebelum parah".

Hujah yang diberi oleh pihak
'Government' (ni kan debat ala Parlimen), dari MRSM Kuching tak silap saya,

"Setiap orang berpotensi menjadi pengganas. Ada kebarangkalian untuk seseorang daripada masyarakat tiba-tiba meletupkan diri atau merampas kapal terbang. Kebarangkalian yang ada ini perlu kita minimumkan dan cantas secepat mungkin. Tidak salah menceroboh kebebasan rakyat untuk manfaat yang besar kepada umum."


Barisan
'Opposition' dari MRSM Pengkalan Chepa telah memberi hujah-hujah mantap yang telah menjadi asbab untuk kemenangan kami dengan izin Allah (di samping kepetahan ahli Parlimen yang berbahas tentunya).

1) Membuat tindakan menyeluruh 'blanket policy' hanya berdasarkan kebarangkalian yang belum tentu kecil atau besar adalah tidak tepat malah merugikan, dan merupakan sandaran yang langsung tidak kukuh. Tidak logik mengevakuasi bangunan hanya kerana ada kebarangkalian bumbung akan runtuh bila-bila masa sahaja.

2) Kuasa merosakkan, dan kuasa mutlak merosakkan secara mutlak. Kebebasan adalah hak asasi rakyat yang merupakan KUASA rakyat yang tidak sepatutnya dirampas sesuka hati oleh sesiapa sahaja, yang menjadi imbangan kepada kuasa pemerintah, supaya tidak ada sesiapa yang mempunyai kuasa mutlak. Perampasan kebebasan atau privasi rakyat adalah perampasan terhadap kuasa yang dimiliki rakyat, sekaligus menyebabkan ada golongan yang mempunyai kuasa mutlak ke atas golongan yang satu lagi. Dalam situasi seperti ini, kerosakan, diskriminasi dan kezaliman senang sekali berlaku, terutamanya ke atas pihak-pihak yang berada dalam keadaan lemah dan terdedah kepada salah sangka serta penganiayaan.

3) Polisi tindakan menyeluruh ini juga berkemungkinan memangsakan golongan yang tidak bersalah, persis
collateral damage yang dihalalkan untuk menjaga kemaslahatan semua orang dan mencegah ketidakstabilan, terutamanya jika penyelewengan seperti #2 berlaku. (Bayangkan: Kita tahu ada kebarangkalian ayam yang diternak dalm satu kandang dijangkiti selesema burung. Kita tidak tahu ayam mana. Lantas kita tembak saja semua ayam yang ada untuk menyelamatkan ahli keluarga kita dan ayam-ayam di kandang lain. Logik?)
Kita mungkin senang bercakap, untuk menyelamatkan 80 orang, tidak salah kalau korbankan 2-3 orang. Mungkin kita akan mengubah pendirian jika 2-3 orang itu termasuk kita sendiri atau orang-orang yang kita sayangi.
Manusia punya nyawa dan harga diri yang setiap satu, setiap SATUnya wajib dibela, dimuliakan dan dihormati. Manusia bukan ayam.

Haih, kenangan zaman kanak-kanak. Saja nak kongsikan dengan orang, mengimbas nostalgia lama katakan. Kanak-kanak zaman dahulu berdebat pun dah pandai, inikan pula zaman sekarang?

Oh ya, sebelum saya kembali menyambung belajar untuk PBL esok, saya mahu kongsi satu isu yang diketengahkan oleh wakil Amnesty International sewaktu menonton tayangan Road to Guantanamo di Council Chamber SU Oxford Road minggu lepas, iaitu tahanan rahsia atau
secret detention. Bukan setakat ditahan tanpa bicara, tapi tak tahu pun sama ada orang-orang yang ghaib ni hilang atau ditahan, kalau ditahan, di mana tempatnya, kalau tak ditahan lagi, dah dibebaskan ke dah mati? Perhatian utama diberi kepada 39 suspek teroris yang dipercayai ditahan dalam tahanan rahsia USA, entah di mana. Poskad diagihkan untuk ditandatangani dan dihantar kepada Duta USA ke UK, Mr Robert Holmes Tuttle. Antara ayat-ayat dalam poskad itu,

"...Secret detention and enforced disappearance are violations of the USA's treaty obligations. I believe that lasting security and real justice for the victims of terrorism cannot be achieved by placing people in secret locations, deprived of the most basic legal safeguards for any detainee. .... The US government must end the use of secret detention, clarify the fate and whereabouts of all people who have been secretly detained, allow them access to their families and to an adequate legal process. I urge you to relay my concern to the US administration and to do all in your power to make respect for human rights and the rule of law a reality for all those in US custody and their families."


Rasa macam permintaan itu boleh disesuaikan untuk pelbagai situasi.

Siapa mahu poskad (orang Manchester sajalah), saya ada lebih. Boleh hantar lagi.


Apapun, mesej utama saya adalah kemanusiaan. Tapi saya mungkin silap. Mungkin sebenarnya adalah wajar untuk menafikan sebahagian (kecil) manusia daripada hak asasi mereka untuk manfaat dan hak asasi sebahagian (besar) manusia yang lain? Prinsip utilitarian,
greatest good for the greatest number, maka beruntunglah siapa yang menjadi majoriti itu. Atau mungkin bak kata sang babi Napoleon selepas kelompok babi yang merampas kuasa daripada manusia, mula mabuk harta dan menzalimi binatang-binatang lain yang dahulunya mereka perjuangkan, dalam novel klasik George Orwell, Animal Farm "...some animals are more equal than others."

Baca novel George Orwell, Animal Farm dan 1984, sangat bagus dan membuka minda!

meow~

Sunday, February 03, 2008

Simposium IMAM 2008

Assalamualaikum.

Ayuh ramaikan!

Klik pada poster untuk saiz lebih besar.




Klik untuk ke laman rasmi IMAM UK-Ireland

Klik untuk ke gerbang rasmi Simposium IMAM 2008 Di sini ada pautan untuk borang pendaftaran juga.



Ini video promo kami!



OK, tata.
meow~