Sunday, October 04, 2009

perkuburan angsa

Salam.

Jam 2.22 pagi. PBL lebih kurang 10% aje yang sudah 'siap'... dan sepatutnya aku sedang belajar sekarang.

Hidup sibuk, terlalu sibuk. Minggu ini - seperti minggu-minggu lepas - tidak ada cuti. Yang ada hanya kerja, kerja, dan kerja. Mengheret diri keluar dari katil pada awal-awal pagi, tidur melepek di atas kerusi bas (atau kereta api), kemudian menghayun langkah balik ke rumah (atau bilik hostel) pada lewat petang atau malam-malam hari.

Banyak yang pingin dituliskan - tapi bukan sekarang.

Kepada kawan yang sudah balik - baru membaca jawapan untuk emel yang dikirim minggu sudah. Melayang sekejap letih yang dikandar =) .. dan kalau kausuka aku bercerita, bila ada waktu, aku akan bercerita. Mungkin dalam warkah maya, mungkin dalam blog ini (yang mungkin akan mula bernafas-nafas semula).

Kepada kawan yang masih di sini,
man i know your straight poker face was meant for me, it was there because i was there, yes we'd discussed on stuffs and agreed on stuffs on those long correspondences but maaaan i couldn't help wondering about things! i mean is it really wrong to exchange a glance or a smile when we practically pass each other? when i thought of those brothers who'd politely stand in front of me, smile and ask "how are you sister" without a trace of 'perversion' - for the lack of a better word - your poker face makes me want to laugh more than ever. yes those brothers surely don't feel anything 'wrong' - so does it imply there's something 'wrong' between us?
no i wasn't annoyed or hurt or even offended. honestly i found it funny. and i thought of pascal mercier's words, spoken by a character in his novel night train to lisbon, au kama qal, "the fact that they avoided each other's eyes imply thousands more meaning, than how it would have been if they simply exchanged a greeting."
honestly, i found it funny - if you think i'm exaggerating things, feel free to treat this as a joke and laugh it off the way i did.
and yes again, i know there could be very solid justifications, for different situations warrant different choices of action - so treat the rant above as partially jesty, not in dead seriousness, OK. i don't mean to take religion lightly or anything of that sort, na'udzubillah.


OK. 2.35 pagi.
Perlu,
- pilih tudung dan baju untuk dipakai esok dan melaksanakan ritual menyeterika
- siapkan nota PBL cukup2 untuk tidak nampak bodoh esok hari
- berdoa supaya mampu keluar dari katil pada pukul enam pagi.

InsyaAllah esok-lusa-mungkin-tulat-atau-minggu-depan akan meletakkan sesuatu yang lebih berisi di sini.

Benarlah, terlalu banyak bergerak dan bekerja, kuranglah waktu untuk berfikir, bertafakur, dan MENULIS. Hati, makin keras atau lembut?

Yang pasti, aku makin mudah untuk senyum dan ketawa. Apa yang mula-mulanya dilakukan kerana tanggungjawab sudah rasa semakin manis. Aku rasa makin cerewet dengan penampilan, makin mau untuk bergaya. Kerja-kerja dengan Union dan FOSIS dan kanak-kanak di hospital dan kerja apa-apa yang lain yang perlu dilaksanakan memang mempengaruhi, seperti cahaya matahari yang perlahan-lahan memujuk pucuk tumbuh ke arahnya. Tapi oh kawan di Malaysia, aku masih suka memegang karekter INTJ... tak ingin jadi ekstrovert!

Lagu yang didengar berulang-ulang, Untukmu Syuhada bingkisan dari Izzatul Islam. Tiap-tiap kali rasa ingin collapse, mendengarnya persis mengingatkan aku, kenapa aku buat semua ini., kenapa aku mengaku tega mau hidup dan mau mati dalam wahana ini.
gunung lembah hutan dan samudera,
untuk Allah atas segalanya.
Ya, untuk Allah atas segalanya.

Kepada kawan yang masih di sini itu, kalau poker face kau itu kerana Allah, semoga semuanya diampunkan, dimudahkan dan diselamatkan untuk kau dan aku juga.

Seronoknya kalau dapat terbongkang barang 24 jam. Lebih indah kalau terus pengsan tidak bangun-bangun sampai prince charming datang membawa aku pergi dari kesibukan yang bingit pada minda, ripuh pada jiwa ini. Tapi mungkin aku tidak perlu - atau belum perlu seorang prince charming. Entah ada atau tidak pun tak tahu. Dan kesibukan ini tidaklah aku benci - malah ia manis, ia indah, kerana sebab-sebab yang aku dan engkau-engkau yang aku tujukan tulisan ini, faham tanpa perlu digariskan.

Baiklah. Perlu berhenti.

Perkuburan angsa - imej yang paradisial, aku nampak hampir tiap-tiap kali melihat nama kedai Swan Cemetery dalam perjalanan pergi/pulang dari hospital. Rasanya kedai itu menyediakan perkhidmatan pengebumian. Aku teringin memuisikan apa yang aku nampak itu, menggandingkannya dengan imejan-imejan berkait sehingga mencipta sebuah potret atau lakon layar, tapi - nantilah.

Salam.
meow~