assalamualaikum,
Teringat sewaktu 'kecil-kecil' dahulu, dalam medan perbahasan, memperdebatkan topik yang bunyinya lebih kurang "Pencerobohan Kebebasan Peribadi adalah Halal untuk Mencegah Keganasan". Ini debat Bahasa Inggeris la. Ilham para pengadil untuk meletakkan tajuk ini pun rasanya diinspirasikan oleh kempen menentang keganasan Encik Bush yang berura-ura (atau dah buat sebenarnya?) untuk memberi akses maklumat peribadi rakyat - perbualan telefon, koresponden emel, nombor Social Security, juadah makan pagi, kekerapan ke tandas dalam sehari - kepada agensi perisik. Tujuannya untuk membanteras keganasan sebelum ia sempat berputik, ala-ala "cegah sebelum parah".
Hujah yang diberi oleh pihak 'Government' (ni kan debat ala Parlimen), dari MRSM Kuching tak silap saya,
"Setiap orang berpotensi menjadi pengganas. Ada kebarangkalian untuk seseorang daripada masyarakat tiba-tiba meletupkan diri atau merampas kapal terbang. Kebarangkalian yang ada ini perlu kita minimumkan dan cantas secepat mungkin. Tidak salah menceroboh kebebasan rakyat untuk manfaat yang besar kepada umum."
Barisan 'Opposition' dari MRSM Pengkalan Chepa telah memberi hujah-hujah mantap yang telah menjadi asbab untuk kemenangan kami dengan izin Allah (di samping kepetahan ahli Parlimen yang berbahas tentunya).
1) Membuat tindakan menyeluruh 'blanket policy' hanya berdasarkan kebarangkalian yang belum tentu kecil atau besar adalah tidak tepat malah merugikan, dan merupakan sandaran yang langsung tidak kukuh. Tidak logik mengevakuasi bangunan hanya kerana ada kebarangkalian bumbung akan runtuh bila-bila masa sahaja.
2) Kuasa merosakkan, dan kuasa mutlak merosakkan secara mutlak. Kebebasan adalah hak asasi rakyat yang merupakan KUASA rakyat yang tidak sepatutnya dirampas sesuka hati oleh sesiapa sahaja, yang menjadi imbangan kepada kuasa pemerintah, supaya tidak ada sesiapa yang mempunyai kuasa mutlak. Perampasan kebebasan atau privasi rakyat adalah perampasan terhadap kuasa yang dimiliki rakyat, sekaligus menyebabkan ada golongan yang mempunyai kuasa mutlak ke atas golongan yang satu lagi. Dalam situasi seperti ini, kerosakan, diskriminasi dan kezaliman senang sekali berlaku, terutamanya ke atas pihak-pihak yang berada dalam keadaan lemah dan terdedah kepada salah sangka serta penganiayaan.
3) Polisi tindakan menyeluruh ini juga berkemungkinan memangsakan golongan yang tidak bersalah, persis collateral damage yang dihalalkan untuk menjaga kemaslahatan semua orang dan mencegah ketidakstabilan, terutamanya jika penyelewengan seperti #2 berlaku. (Bayangkan: Kita tahu ada kebarangkalian ayam yang diternak dalm satu kandang dijangkiti selesema burung. Kita tidak tahu ayam mana. Lantas kita tembak saja semua ayam yang ada untuk menyelamatkan ahli keluarga kita dan ayam-ayam di kandang lain. Logik?)
Kita mungkin senang bercakap, untuk menyelamatkan 80 orang, tidak salah kalau korbankan 2-3 orang. Mungkin kita akan mengubah pendirian jika 2-3 orang itu termasuk kita sendiri atau orang-orang yang kita sayangi.
Manusia punya nyawa dan harga diri yang setiap satu, setiap SATUnya wajib dibela, dimuliakan dan dihormati. Manusia bukan ayam.
Haih, kenangan zaman kanak-kanak. Saja nak kongsikan dengan orang, mengimbas nostalgia lama katakan. Kanak-kanak zaman dahulu berdebat pun dah pandai, inikan pula zaman sekarang?
Oh ya, sebelum saya kembali menyambung belajar untuk PBL esok, saya mahu kongsi satu isu yang diketengahkan oleh wakil Amnesty International sewaktu menonton tayangan Road to Guantanamo di Council Chamber SU Oxford Road minggu lepas, iaitu tahanan rahsia atau secret detention. Bukan setakat ditahan tanpa bicara, tapi tak tahu pun sama ada orang-orang yang ghaib ni hilang atau ditahan, kalau ditahan, di mana tempatnya, kalau tak ditahan lagi, dah dibebaskan ke dah mati? Perhatian utama diberi kepada 39 suspek teroris yang dipercayai ditahan dalam tahanan rahsia USA, entah di mana. Poskad diagihkan untuk ditandatangani dan dihantar kepada Duta USA ke UK, Mr Robert Holmes Tuttle. Antara ayat-ayat dalam poskad itu,
"...Secret detention and enforced disappearance are violations of the USA's treaty obligations. I believe that lasting security and real justice for the victims of terrorism cannot be achieved by placing people in secret locations, deprived of the most basic legal safeguards for any detainee. .... The US government must end the use of secret detention, clarify the fate and whereabouts of all people who have been secretly detained, allow them access to their families and to an adequate legal process. I urge you to relay my concern to the US administration and to do all in your power to make respect for human rights and the rule of law a reality for all those in US custody and their families."
Rasa macam permintaan itu boleh disesuaikan untuk pelbagai situasi.
Siapa mahu poskad (orang Manchester sajalah), saya ada lebih. Boleh hantar lagi.
Apapun, mesej utama saya adalah kemanusiaan. Tapi saya mungkin silap. Mungkin sebenarnya adalah wajar untuk menafikan sebahagian (kecil) manusia daripada hak asasi mereka untuk manfaat dan hak asasi sebahagian (besar) manusia yang lain? Prinsip utilitarian, greatest good for the greatest number, maka beruntunglah siapa yang menjadi majoriti itu. Atau mungkin bak kata sang babi Napoleon selepas kelompok babi yang merampas kuasa daripada manusia, mula mabuk harta dan menzalimi binatang-binatang lain yang dahulunya mereka perjuangkan, dalam novel klasik George Orwell, Animal Farm "...some animals are more equal than others."
Baca novel George Orwell, Animal Farm dan 1984, sangat bagus dan membuka minda!
meow~
Wednesday, February 06, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam kak dibah..waaah tak sangka kak dibah masih ingat lagi ttg bahan2 yg diutarakan time debate tu.mantap sungguh. sy cuma ingat poin pertama shj; perversion of govt ascendancy. punya la bersungguh kita guna thesaurus utk kelirukan minda budak2 kuching.haha. debater time tu were so engrossed by the topic sampaikan alia ttumpahkan air kat pentas.haha.lucu pula bila tringatkan kenangan dulu2.
salam.
hoho amnesty. bagusnya cara mereka ini, mereka hujani duta-duta dengan pelbagai macam surat... siap ada salinan kepada local TD suruh naikkan isu dalam Dail. inilah namanya melobi. dah naik dalam Dail, silap-silap berkuranganlah FDI ke sana. jadi pihak kedutaan terbabit, terasa yang banyak mata memerhati jugalah.
pernah saya dapat surat dari Duta Mexico dan Sepanyol beserta lampiran mengenai usaha mereka menghapuskan tahanan tanpa bicara.
kalau hantar ke Duta Malaysia untuk isu ISA, alamatnya diserulah saya untuk turun ke Malaysia Hall...
abadi
Post a Comment