Sunday, February 17, 2008

walaupun yang mengucapkannya adalah watak wanita Zionis


Berlagak seperti pemikir romantik, kaumohon aku tafsirkan falsafah cinta. Aku fikir, cinta itu cuma lamunan manusia sepi, cinta utopia, cinta barang mewah. Aku ini bangsa buangan; diseksa Hitler gila, diusir, dicurigai di mana-mana. Aku tidak ada apa-apa. Kerana itu, aku harus menghadiahkan sesuatu pada bangsaku. Itu cintaku. Pedulilah jika kau mati kerana cintaku palsu, aku hidup demi perjuangan agung anak-anak Israel. Cinta tiada apa-apa erti sangat. Demi Yahweh, tuhan anak-anak Israel, aku telah mengangkat sumpah. Cinta agung menunggu. Hidup untuk bercinta dan bersedih, kaucarilah perempuan lain.


- Tahun Depan di Jerusalem, Azman Hussin.

:
:
:

hati yang sudah lembut ini,
aku mahu keraskan kembali.

sehingga aku cukup kuat untuk berkata,
dengan jujurnya,
cinta itu tidak perlu
tidak berguna.

untuk aku.

:
:
:

meow~

1 comment:

A k i said...

Salam'alaikum dan salam perkenalan,
Kak..kita tak pernah bersua tapi nama akak kerap saya jumpa dalam email-email IMAM YG.

Time browsing blogspot pun terserempak dengan nama akak. I've seen that you are an avid reader and genre2 buku yang akak baca serasi dengan minat saya. Kalau akak tak keberatan..boleh ke reccomend buku2 yang patut saya baca?

'Aqilah