Wednesday, May 28, 2008

Eileen Chang - inspirasi

Klik.

"I'm filled with joy and lightheartedness when I'm alone. But I can hardly release myself from the tangle of the nibbling trivial vexations. To me, life is just like a magnificent garment, which is covered with lice." — Eileen Chang


Chang’s style is crisp and explicit, her choice of words sharp and sensual, her subject matter contemporary. Considered progressive in her days, Chang boldly dealt with the dichotomies of eastern and western cultures, tradition and modernity, and inevitably, male and female power relations, love and betrayal.

In her defence of the brevity of description in her story, Eileen Chang wrote, ”I never underestimate the critical thinking skill of my readers.”

http://rippleeffects.wordpress.com/2007/10/28/lust-caution-the-original-the-translation-the-movie/




"She was a rarity," said Dominic Cheung, a poet and professor of East Asian languages at the University of Southern California.

Had it not been for the political division between the Nationalist and Communist Chinese, he said, she would have almost certainly won a Nobel Prize.

As it was, until recently her works had been suppressed in mainland China, largely because two of her most widely known novels, "Rice Sprout Song" (1954) and "The Naked Earth" (1956), both of which appeared in both Chinese and English, were unsparing in their criticism of Communists.

For all that, Miss Chang was largely apolitical in her life and in her works, many of them bitter love stories that captivated readers in Taiwan and Hong Kong, where several of her books and stories were made into movies. The films included "Love in a Fallen City" (1990), "The Rouge of the North" (1991) and "Red Rose, White Rose" (1995).

http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=990CEED71E3DF930A2575AC0A963958260


As for me, I'm obsessed with Perempuan Paling Cantik, latest work in progress. Tiananmen Massacre, Communist Party, a woman with a heart of stone that bleeds with tears, and a man hopelessly idealistic beneath the facade of his romantism. And some slightly deviant explorations of the less puritanical romances. Ah, the joys of writing!

salam,
meow~

Saturday, May 24, 2008

Bulan di Puncak Tiang Lampu

Assalamualaikum.


Suara Sutera - sebuah antologi cerpen yang saya dapat sebagai cenderahati sewaktu melawat Dewan Bahasa dan Pustaka hampir enam tahun lepas - oh rasa dah tua sekarang =( - mengumpulkan cerpen tulisan para pengarang mapan dari Thailand dan Malaysia. Uniknya, setiap cerpen dipersembahkan dalam dua versi, satu dengan tulisan rumi, satu lagi dengan aksara Thai.


Karya sastera (yang tulen, bukan yang celup-celup) akan menggambarkan latar budaya dan pemikiran masyarakat setempat, kerana itulah mengkaji buah tangan penulis-penulis ternama dunia bukan sahaja menjanjikan plot yang hebat dan gaya bahasa yang elegan, tetapi juga menyediakan pintu masuk kepada dunia-dunia yang pelbagai warna.


Salah sebuah cerpen dalam antologi Suara Sutera - maaf saya lupa tajuknya - menceritakan kisah dua orang pengemis tua. Premis yang mudah, kisah kehidupan sehari-hari sepasang suami isteri yang sudah lanjut usia, si suami berkaki tempang dan si isteri bermata juling, menyara hidup dengan meminta sedekah. Mereka duduk di tepi jalan, si suami bernyanyi lagu-lagu tradisional sementara si isteri bermain simbal mengiringi nyanyian itu. Seperti cara wayang gambar memaparkan babak-babak beremosi yang halus untuk menambahkan kompleksiti watak dan menyentuh hati penonton, begitulah pengarang menukilkan bagaimana pasangan
pengemis itu berusaha memberi sedekah makanan kepada sami dengan harapan untuk mendapat berkat seperti amalan rata-rata penduduk setempat (ironi, kerana nasi yang diberikan itu juga adalah yang disedekahkan oleh orang lain kepada mereka). Bagaimana pada waktu tengah hari, si suami memayungkan isterinya dengan topi buruk dan terus bernyanyi riang di bawah panas terik. Bagaimana kebahagiaan mereka dikontraskan dengan sepasang suami isteri lain - tauke kaya yang sudah tua, gemuk, hitam dan pendek bersama isterinya yang muda dan cantik tetapi kelihatan sungguh muram.


Ah, saya memang selalu melalut. =P


Yang saya mahu kaitkan di sini adalah babak bagaimana sekumpulan penulis dan pelukis yang sering berkumpul di sebuah kedai kopi, suka sekali melihat pasangan suami isteri ini. Bermacam-macam inspirasi yang mendatangi para seniman. Ada yang mahu menulis novel tentang golongan miskin yang tertindas, ada yang mencadangkan grafik menarik untuk kulit hadapannya, ada pula yang berangan-angan mahu melukis si isteri bermain simbal di bawah pokok sena sewaktu cahaya matahari petang keemas-emasan menampakkan perwatakannya seumpama permaisuri.


Seniman ini paling terpukau dengan kemerdekaan dan kebebasan yang dikecapi oleh pasangan pengemis. Hidup miskin yang memisahkan kedua-duanya daripada sebarang keterikatan kepada dunia begitu mempesonakan. Tidak perlu bersusah payah bekerja dan memburu gaji, risau dengan kenaikan bil elektrik, bil air, atau harga barang. Mandi dengan hujan atau paip awam yang percuma, sementara malam-malam hari berteduh di bawah pondok buruk daripada cantuman kertas-kertas dan zink terbuang. Dunia yang sibuk, kapitalisme dan materialisme, kesesakan lalu lintas, pergolakan politik, semuanya tidak mengganggu kehidupan langsung. "Kalaulah aku boleh jadi miskin walaupun sehari," lebih kurang begitulah keluhan salah seorang seniman yang terpesona itu.


Kelompok seniman yang memilih untuk hidup bergelandangan ada yang disebut bohemian.
Golongan ini tipikal berpenampilan selekeh, hidup berpindah-randah atau dalam komuniti yang di luar konvensi sosial semasa, sambil menghasilkan karya-karya yang selalunya anti-arus-perdana, melawan mainstream. Mungkin gaya hidup sedemikian adalah protes atas establishment yang sarat ketidakadilan dan penindasan (seperti Sham Rais yang memilih untuk hidup relatif susah kerana tidak mahu menyokong sistem ekonomi yang dianggapnya kapitalis), mungkin juga seniman-seniman ini mendambakan kebebasan daripada tambatan-tambatan yang menghalang ekspresi (ancaman majikan, tekanan pemerintah, kekangan norma sosial, kesibukan bekerja makan gaji). Entahlah, saya tidak tahu. Saya belum membuat kajian dan pembacaan mendalam tentang seniman bohemian ini. Cuba tengok Wikipedia, artikel bertajuk Bohemianism.


Keterikatan dengan dunia selalu membuat kita berasa lelah. Bosan, menyampah, penat, benci, rasa berkarat, berat, mahu tinggalkan semuanya! Mungkin itu semua lebih terasa bagi para seniman yang sensitif dan romantik (periksa balik definisi romantik dalam artikel lepas, hehe). Sama juga barangkali dengan para agamawan fakir (dalam hampir semua agama golongan ini wujud, dalam Islam sering dilabel 'sufi' - abaikan tepat tidaknya label itu) yang memilih hidup terasing atau merempat. Mahu memutuskan rantai yang mengikat diri kepada dunia dan membebaskan diri daripada segala keserabutan. Mahu bersatu dengan alam, berserah kepada takdir, atau jika dipandang daripada perspektif religius, mahu berdua-duaan dengan Tuhan dan membebaskan jiwa untuk mencapai maqam spiritual yang lebih tinggi daripada orang awam yang sehari-harian bergerak dalam rutin yang membekukan.


Tapi...


Bagaimana dengan umat yang merana? Ada yang kelaparan, ada yang terkedang sakit tidak ada siapa mahu (atau mampu) ubatkan. Ada yang 'sesat dalam cahaya' di tengah kota. Kesedaran tentang masalah ini dengan sendirinya mendatangkan tanggungjawab untuk melakukan sesuatu. Ya, Tuhan melihat semuanya, Tuhan tahu semuanya, dan Tuhan tidak memerlukan kita untuk membantu Dia menyelesaikan masalah. Tetapi Dia tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia, dan adanya kebobrokan dalam masyarakat adalah sebahagian daripada kebijaksanaanNya dalam menguji manusia, baik yang menderita mahupun yang berkuasa, baik yang buta tersesat mahupun yang cerah melihat. Dalam konteks realiti hari ini, umumnya, mencari syurga tidak cukup dengan berzikir di dalam gua sementara umat di luar menjadi porak peranda.


Itu alasan yang mulia. Noble. Seperti seorang pelajar yang mengaku memilih bidang yang sukar dan mencabar (seperti perubatan..haih) kerana mahu berbakti kepada manusia sejagat (sambil membetulkan niat supaya tidak mengutamakan prestij dan harta benda yang akan bergolek datang). Seperti seorang pelajar yang memilih untuk berdiam diri daripada melontarkan apa-apa kritikan atau tindakan yang mendatangkan risiko kepada pengajiannya, dengan alasan mengutamakan pengajian dan ijazah yang bakal diperoleh untuk berbakti kepada masyarakat 'apabila tiba waktu yang sesuai nanti'. Seperti seorang pelajar yang menjustifikasikan kecenderungannya kepada keuntungan dan harta benda yang bakal diperoleh selepas bekerjaya, dengan menyatakan bahawa kekuatan ekonominya nanti akan digunakan untuk membela agamanya dan membantu orang-orang yang memerlukan.


Tapi...



Mungkinkah sebenarnya apabila kita tidak mahu melepaskan kesenangan dan kemewahan hidup, alasannya adalah semudah "Aku tidak mahu melepaskan kesenangan dan kemewahan hidup" sahaja. Kita terpesona dengan kehidupan manusia yang bebas daripada ikatan duniawi - manusia-manusia yang zuhud dan tenang dalam kemerdekaan mereka sementara kita terperangkap dalam the rat race. Kita ternganga mendengar cerita-cerita keunikan, keanehan, dan kebijaksanaan mereka. Malah sekadar kedamaian hidup berladang di perkampungan Amish atau tinggal di rumah panjang Iban dalam dakapan alam semulajadi sudah cukup mengkhayalkan. Lantas kita berangan-angan mahu menjadi begitu juga, tidak terikat dengan dunia, mesra dengan Tuhan, aman dalam keagungan spiritual, dan esok paginya kita bangun dan begitu sukar melepaskan bantal untuk menghadapi dunia yang melelahkan. Bantal dan tilam tiba-tiba menjadi terlalu indah untuk dilepaskan, dan kelihatan seperti imbalan yang berbaloi untuk terus menghadapi kacau-bilau dunia.


Kita sebenarnya takut melepaskan kesenangan dan kemewahan yang ada, bukan kerana kita tidak mampu berbakti dan berbudi tanpanya. Para sahabat Nabi S.A.W., Mahatma Gandhi, dan Mother Teresa, berjuang dan berkorban dalam kehidupan yang ala kadar, malah sampai ke tahap papa kedana. Dalam banyak perkara, kita masih dapat menyumbang sekian-sekian banyak kepada masyarakat tanpa perlu menjadi kaya-raya atau hidup senang. Kita sebenarnya takut melepaskan kesenangan dan kemewahan yang ada, kerana kita tidak mahu kehilangan nikmat itu. Hatta kalau dengan melepaskan dunia itu dapat membeli syurga pun, kita keberatan atau lebih senang disebut tidak mahu.


Salahkah?


Tidak salah mahu bergembira dengan kurniaan Allah, asalkan tidak melampaui batas. Fitrah manusia itu menyenangi keelokan dan kekayaan. Tapi batasnya di mana ya... itu kena cari.


Reality check.
Mari realistik dalam membezakan impian dan khayalan, realiti dan ilusi. Mengakui bahawa kita tidak akan selesa kalau tidak dapat makan dan tidur yang cukup, malah merengus-rengus rimas kalau tidak dapat mandi atau menukar pakaian dalam setiap hari. Kebebasan daripada belenggu dunia itu sungguh-sungguh indah, tetapi fasa transisi yang menuntut tajarrud daripada semua kebiasaan dan kemahuan nafsu itu terlalu sukar untuk ditempuh oleh kebanyakan orang - oleh kita. Untuk berjaya melaluinya dan come out of the other side unscathed and glowing, memerlukan kekuatan fizikal dan spiritual yang terpimpin, kalau tidak lain pula jadinya. Kebebasan tidak terpandu, melanda mereka yang telah mencubanya secara impulsif, seperti golongan seniman bohemian di Barat, golongan hippies dan flower people, membuka ruang seluas-luasnya untuk seks bebas, arak, dadah, pornografi dan segala macam telatah cabul atas nama seni dan kemerdekaan berekspresi.


Mari realistik dalam merancang ruang-ruang mana yang terbuka untuk kita berbakti, dan setakat mana pengorbanan yang kita mampu (mahu) berikan. Setabah mana kita sanggup berusaha mendidik diri agar takat pengorbanan itu meningkat seiring dengan bertambahnya pengalaman dan usia.


Mari jujur dengan diri sendiri, atas sebab apa sebenarnya kita melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu, supaya tidak menjadi seperti pungguk yang menipu diri sendiri, mencari bulan di puncak tiang lampu, sedangkan bulan yang sebenar terselindung di sebalik bangunan-bangunan tinggi di tengah bandar raya. Benar, bulan yang tinggi itu hampir mustahil untuk digapai sang pungguk, tetapi setidak-tidaknya ia mengharapkan sesuatu yang jelas dan pasti.


(Perkataan 'kita' dalam tulisan di atas boleh sahaja digantikan dengan 'saya'... mungkin saya sahaja yang sibuk berangan-angan dan menipu diri lantas digesa oleh sub-conscious mind untuk menulis artikel ini untuk menyedarkan diri sendiri.)


meow~



Bulan di Puncak Tiang Lampu


Lampu-lampu yang bertiang

adalah bulan dan bintang
untuk angkasa malam yang sesak
dengan besi dan batu menara.


Penunjuk arah di setiap simpang

timur, utara, barat, selatan
masing-masing mendakwa
arah yang ditunjukinya kaya warna-warna
di sana bumi tidak merekah

tiada sesiapa akan menemukan debu
taman dan tasik yang dijanjikan
tidak akan hangus dibakar waktu
benar, ini bukan palsu!


Kita merayau-rayau mendamba air

yang dijanjikan di seberang padang pasir
sepatu sudah terhakis
keringat kian habis
sejauh mana lagi
mahu mencari
sudah terlalu penat
hati mohon pulang
kaki mohon berhenti.


Kerana papan tanda di simpang-simpang

telah berjanji
akan ada takungan embun di hujung gurun
kita terus begitu
seperti pungguk punah rasa
mencari bulan di puncak tiang lampu.


adibah abdullah

Manchester, 12 Mei 2008.

Sunday, May 18, 2008

romantik

Assalamualaikum.

Arif, saya memang seorang yang 'romantik' - in the almost true, nearly complete sense of that word. Klik Kamus Merriam-Webster untuk perkataan romantic untuk melihat maksudnya, terutamanya pada nombor 4 dan 5. Saya tidak akan mampu menulis seperti yang selalu saya lakukan (dengan izin Allah, tentunya), kalau saya tidak cukup romantik.

InsyaAllah, dalam entri Lorong-lorong Karya seterusnya saya akan cuba melakukan eksplorasi sekaligus berkongsi tentang proses kreatif dan penjiwaan saya terhadap tulisan. Mudah-mudahan saya akan lebih mengenal diri, lantas dapat mengoptimumkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan.

Dan ya Arif, no, it didn't work. Not as well as one - anyone - would wish it did. Saya rasa mungkin payah mencari kesanggupan untuk menonton Red Dust sekali lagi kerana melankolia yang terlalu pekat walaupun garapannya sangat halus dan tinggi estetika, serta persembahan pelakon-pelakonnya cukup mantap (memenangi beberapa anugerah dalam festival filem, termasuklah Best Actress dan Best Film). Oh tidak, tidak, filem ini bukan standard tearjerker versi wayang Malaya! Berlatarkan Perang China-Jepun - pengkhianatan, semangat kebangsaan, persahabatan, percintaan, pemberontakan pelajar yang tamat dengan limpahan darah, pengorbanan yang jelas dan kurang jelas imbalannya - semuanya teraduk molek dengan keindahan yang menyayat hati.

Sekarang saya dalam musim peperiksaan. Banyak keinginan yang terpaksa dikekang, ilham yang disuruh duduk diam-diam dan tunggu Jumaat nanti apabila insyaAllah saya akan 'merdeka' - walaupun untuk sementara waktu. Sang Pelangi, merapu-rapu dengan YM dan menonton filem itu bukan ciri-ciri genius, itu sifat pelajar perubatan yang 'terdesak'... (fahami sendiri haha)

Aha, silalah ke ILuvIslam untuk membaca cerpen saya yang terbit dalam Fokus SPM keluaran Mac lepas... Siti Si Bintang Kecil. =)

Saya pergi dulu, perlu cepat-cepat habiskan nota kuliah.

meow~

Thursday, May 15, 2008

Jendela

......


kucing tak kurus
: salam


kucing belang-belang: salam
kucing belang-belang: hor

kucing tak kurus : =D
kucing tak kurus : at last abih pekso
kucing tak kurus : lego x terkato


kucing belang-belang: =)
kucing belang-belang: alhamdulillah
kucing belang-belang: bagaimana prognosis?


kucing tak kurus : alhamdulillah
kucing tak kurus : mmm
kucing tak kurus : good
kucing tak kurus : but not perfect
kucing tak kurus : haha
kucing tak kurus : ok lah
kucing tak kurus : tidok la rusing


kucing belang-belang: =|
kucing belang-belang: aku
kucing belang-belang: prekso
kucing belang-belang: aku baru kelik
kucing belang-belang: berstadi
kucing belang-belang: huuu
kucing belang-belang: rs nk MERAUNG
kucing belang-belang: rs nk campak semua buku


kucing tak kurus : guano pulok


kucing belang-belang: pergi duduk di taman


kucing tak kurus : rilek2


kucing belang-belang: berangan sampai tiba waktu exam
kucing belang-belang: dh penat stadi


kucing tak kurus : owh
kucing tak kurus : silo la berehat then


kucing belang-belang: tak bisa
kucing belang-belang: kena la stadi lagi
kucing belang-belang: ngahahahahahaa


kucing tak kurus : haha
kucing tak kurus : stadi la koho2


kucing belang-belang: eehehe
kucing belang-belang: heheh
kucing belang-belang: hee
kucing belang-belang: heehehehehee

kucing tak kurus : ...


kucing belang-belang: hyperstudiostomic encephalopathy
kucing belang-belang: godio eh ubak dio


kucing tak kurus : ..
kucing tak kurus : diazepam


kucing belang-belang: lithium?


kucing tak kurus : but it seems to be an autoimmune disease


kucing belang-belang: progestogen combined pill
kucing belang-belang: ngahahahaha


kucing tak kurus : =|


kucing belang-belang: plan : tgk muvi for five minutes lagi, lepas tu baco anatomy sikit, lepas tu gi amik laundry, lepas tu basuh muko, lepas tu stadi lagi, and hope to remain not crazy


kucing tak kurus : hahaha
kucing tak kurus : stended ore stadi nok exam
kucing tak kurus : supo aku aritu ah
kucing tak kurus : =D
kucing tak kurus : everyday i was hoping that i'm not quitting medic n become a tailor or a cook

kucing belang-belang: =D
kucing belang-belang: if i quit
kucing belang-belang: i'll only be a writer
kucing belang-belang: someday i'll be a fulltime writer .. insyaAllah
kucing belang-belang: someday


kucing tak kurus : iAllah
kucing tak kurus : fulltime writer n part time doc arent u?


kucing belang-belang: ayak
kucing belang-belang: terlekat la kelih muvi nih


kucing tak kurus : ....
kucing tak kurus : jange


kucing belang-belang: it's about an eccentric writer


kucing tak kurus : haha


kucing belang-belang: a young lady in china during the china-japan war
kucing belang-belang: who fell in love n got married with a guy who was very interested in her writings and eventually went to look for her
kucing belang-belang: (logik la kan aku terlekat)


kucing tak kurus : that really18 makes sense



....


Filem itu tajuknya Red Dust. Berdasarkan kisah benar Eileen Chang, seorang pengarang terkemuka yang cerita kehidupan (dan kematiannya) tidak semeriah populariti yang dikecapi.

Biasa, bukan? Bulan purnama tidak mengambang berdua, atau bertiga. Hanya sendirian. =)

assalamualaikum,
meow~

Saturday, May 03, 2008

Lorong-lorong Karya 1 - Tersendiri

Assalamualaikum.

Keinginan untuk menjadi tersendiri, kalau kena caranya, akan menghasilkan kualiti karya yang lebih baik daripada sekadar akur mengikut arus. Memerah otak dan mencarigali ilham untuk menongkah arus dengan halaju sendiri akan menjadi lebih kondusif untuk kreativiti, memaksa diri untuk keluar daripada stereotaip yang mengelilingi. Tidak keterlaluan kalau saya jadikan peraturan kepada diri sendiri untuk sentiasa awas, agar tidak terikut-ikut dengan trend semasa, dalam apa sahaja. Gaya berfesyen, stail berbicara, citarasa muzik, cara berfikir, entahlah, mungkin saya memang semulajadinya outlandish atau secara sengaja berusaha menanggapi sesuatu melalui perspektif yang tidak serupa dengan majoriti.

Mengapa ya? Rasa diri lebih hebat dan matang daripada orang lain? Mahu berlagak cool? Atau mencari populariti mudah (dan murah) - saya lupa kata siapa ini - "Kalau mahu terkenal, perhatikan pendapat rata-rata orang ramai, dan canangkan kepada mereka semua bahawa kamu tidak bersetuju." Minoriti yang bising selalu mendapat perhatian, bukan?

Mohon dijauhkan Allah daripada noda niat!

Mengikut majoriti adalah sesuatu yang relatif mudah, malah menguntungkan. Dalam lapangan pencak idea, mengikut majoriti bererti takungan penyokong dan 'golongan satu kepala' tersedia besar, senang mahu memerangi sebarang tantangan dan cabaran. Dalam lapangan fesyen, mengikut majoriti bermakna adanya pilihan yang banyak, tips yang beraneka, dan kurang risiko dicop sebagai kolot dalam bergaya (atau mengenakan fashion disaster). Dalam lapangan niaga, mengikut majoriti menjanjikan longgokan pembeli dan menjimatkan kos promosi.

Dalam lapangan berkarya, mengikut citarasa majoriti bermaksud kurang perdebatan dengan 'para senior' tentang perincian susastera, senang menarik perhatian para penyunting di media, cepat pula dapat memikat pembaca dan mengumpul peminat!

Bukan begitu?

Tapi, adakah kualitinya sehebat kuantiti? Saya tinggalkan persoalan itu di situ! (Klu untuk menjawab soalan : Bayangkan cerpen-cerpen cinta-perjuangan-SMS bangun tahajud akhi-ukhti yang berlambak, novel-novel popular dengan tema berkasih berputus bercerai berpoligami berdisko beranak halal argh.)

Mengikut arus, mungkin juga mengurung pelayar dalam zon selesa. Diapit majoriti yang sealiran, seiringan, berhenti di jeti yang sama, dan tidak ada keazaman dan motivasi (atau keberanian?) untuk melonjak keluar atau mengundur ke belakang lantas mencari (atau membina) pelabuhan sendiri.

Saya teringat kisah Charles Dickens yang kehebatannya tidak meningkat lebih setelah popularitinya memuncak, kerana kecenderungannya untuk bergaul hanya dengan penulis-penulis yang kurang hebat. Beliau selesa memerap diri di takuk lama. Kalau tidak salah, sumber maklumat ini daripada Encyclopaedia Britannica.

Aha. Harus diingat, mahu menentang arus atau mengawal halaju sendiri jangan semberono! Perahu perlu awas jangan bocor-bocor, kalau berakit biar buluhnya cukup jangan tenggelam ditujah beban. Dayung pun kena pastikan ampuh tidak rapuh, entah-entah nanti terlanggar batu terus patah! Siapa suruh mengada-ngada sebelum cukup bekalan.

Saya? Dayung sudah kukuh, perahu cengal kayu nan utuh? Hahahaha. Jauh lagi kot. Saya masih berakit-rakit, bertopangkan buluh sebatang! Kerap kali belajar ilmu belayar daripada perahu-perahu yang berselisih, adakalanya mohon ditarik ketika arus terlampau perlahan, mohon berpaut ketika arus deras yang amat. Akan tetapi saya tidak mahu membiasakan diri ditarik, berpaut, apatah lagi berserah kepada gelombang, saya mesti belajar berdayung! Sampai waktu nanti, saya akan punya perahu sendiri dan dayung berukir kepala harimau.

Nampak kiasan saya? Mahu belayar, mahu belajar menguasai arus, perlu berilmu, perlu berlatih, perlu berguru.

Dalam menelusuri arus, saya juga suka mencuba bermacam-macam cara mengenderainya. Berakit perlahan, berakit laju-laju, berakit lurus atau berkelok-kelok. Kadang-kadang, saya terjun dan berenang!

Pelakon yang melakonkan jenis watak yang serupa - asyik-asyik berair mata, atau balik-balik jadi perempuan jahat - memang akan menyerlah, cemerlang, popular, dengan lebih cepat, berbanding pelakon yang memilih watak bervariasi. Cabaran dalam keadaan yang berubah-ubah itu lebih besar, dan lebih berperanan dalam mematangkan individu.

Saya mahu jadi tersendiri.

Setiap kali menulis, saya akan bayangkan karya-karya yang saya tanggapi lemah, yang saya tidak mahu jadi sepertinya. Saya usahakan supaya tulisan saya tidak jadi sepertinya. Saya bayangkan karya-karya hebat, yang saya mahu contohi, ibarat perahu-perahu laju dengan rentak anggun dalam gelombang yang saya kagumi. Saya usahakan supaya tulisan saya menghampiri tarafnya, walaupun tentu sekali tidak serupa. Saya tidak mahu ia serupa.

Dinamika antara mengejar keunikan, mengelakkan stereotaip dan mencontohi kehebatan itu mencambahkan kreativiti, kematangan dan gaya tersendiri.

Itu yang saya cari dalam berkarya.

InsyaAllah.

meow~