Monday, September 18, 2006

KU MENUNGGU~ .. biarlah bait kata berbicara

ku begini seperti selalu
membilang waktu berlalu
entah berapa lama
tidak ku sedarinya
berapa lama harus menunggu

aku impikan suram cahaya
bertukar cahaya indah
semoga tiba hari
bersinar ruang hati
menyuluh arah jalan kembali..

ku tunggu angin perubahan
barat utara timur selatan
meniti doa malam dan siang
teranyamnya semula ikatan

sayang semua bagaikan mimpi
kenyataannya langit dan bumi
aku di sini engkau di sana
sayup jauh terpisah


entahkan kerana sayangku
ataupun kerana sabarku
ku menunggu

air mata dan senyuman
antara mimpi dan harapan
adalah rindu semilu
menghiris kalbu

dan terlalu menyayangi
di akhirnya terkorban diri
menyedari itu aku putuskan
pasrah segala pada Tuhan


masih lagi seperti selalu
membilang waktu berlalu
semoga tiba hari
bersinar ruang hati
menyuluh arah agar kembali..

-Habsah Hassan-

8 comments:

Rebecca Ilham said...

Salaam.
Terbang ke negara mana nanti?

Rebecca Ilham said...

Salaam.
Bestnya ke Manchester!
Tahniah!

Ordinary Superhero said...

Salam.

Lagu ko gapo nih?

MDM FARAH FAIZURA said...

jangan risau,
aku memang suka berjalan2
dimana jariku melangkah

ehehe

Anonymous said...

entahkan kerana sayangku
ataupun kerana sabarku
ku menunggu

--> frasa yang bagus dan menyeka kenangan!

Aqil Fithri said...

"entahkan kerana sayangku
ataupun kerana sabarku
ku menunggu"

--> frasa yang bagus dan menyeka kenangan!

Anonymous said...

'aku' tidak lg menunggu
walau realiti nya jauh
'aku' sudah semakin dkt sbnrnya
tp dekat itu tafsirannya luas
ntah siapa yg tahu
kecuali Dia...

salam dr yg terasing dan terpaling

Anonymous said...

mujurnya kita punya waktu,
dengannya penantian jadi satu harapan,
bukan macam tu ke??
hihi =)
salam perantau