Thursday, October 12, 2006

kilau seribu rembulan

assalamualaikum.

Sejak akhir2 ini saya seperti sedar, tulisan saya seolahnya nyala yang kehilangan maya. Garapan intelek yang analitikal (pada perkiraan saya) sudah semakin jauh terkebelakang, dengan nukilan yang lebih berciri sentimental memenuhi barisan hadapan.

Barangkali kehidupan di tempat baru, dengan serbaneka kecamuk emosi yang pelbagai menanggapi perubahan, ditambah pula oleh dakapan angin dingin dan renjisan hujan musim luruh, menyebabkan saya lebih reflektif, sensitif dan ekspresif terhadap suara-kisah peribadi yang internal daripada isu-berita dunia yang eksternal.

InsyaAllah, masanya akan tiba apabila saya mengumpul semula habuk-habuk bara yang sentiasa bertaburan, lantas melonggokkannya menjadi unggun yang menyala penuh semangat. Embun masih belum gugur ke bumi, masih bergantung di hujung daun, dan selagi waktunya belum tiba untuk tersejat ke udara, insyaAllah ia akan terus memantulkan sinar bintang, bulan, dan suria.

Janganlah aku patah kerana rindu, janganlah aku tiarap kerana lelah menunggu, janganlah aku terpesong dari matlamat yang satu kerana rintangan yang beribu.

Kepada orang di Sheffield, nanti ada kucing belang berhajat nak berkunjung, jangan lupa bentang karpet biru dan sediakan ikan masak kicap ya?

salam kasih, salam perjuangan, intai2 kilau seribu rembulan, meow~

4 comments:

Anonymous said...

wah wah hr tu org dr nottingham minta karpet merah sama bunga manggar n kompang. kali ni org dr manchester minta karpet biru pula. isk.
apa2 pn silakan. ahlan wasahlan =)
kami gembira menyambut kunjungan..

MDM FARAH FAIZURA said...

sentimental itu tidak terlalu bagus

nanti jadi seperti aku

ehehhee

Kayrill Muhammad said...

pada perkiraan saya..
boleh saja sentimental..
asalkan saja bertempat, dan tawazun..

Anonymous said...

Sentimental dan emosi? Intelektual dan objektif?

Saudari Adibah, saya sudah mengenali saudari agak lama untuk mengetahui bahawa pena pelepah saudari mudah ditiup angin musim. Jika tiba musim yang betul, maka begini tulisannya. Jika lain pula musimnya, maka begitu pula nukilannya.

Jangan bimbang, ada kalanya saya juga begitu. Ambillah sabanyak masa yang perlu untuk menunggu kedatangan musim yang baru. Saya yakin musim itu akan tiba jua akhirnya.

Saya di sini langsung tidak bermusim. Tiada angin langsung. Maka pena pelapah saya sudah lama berhabuk tidak bergerak mahupun bergoyang. Saya sedari musim yang dahulunya bersama saya meniupkan angin semangat kini sudah tiada lagi, barangkali pergi mengikut pemergian sahabat-sahabat saya ke negeri rantau.

Bilakah musim itu akan tiba semula?