assalamu'alaikum.
Semester 2 baru bermula. Minggu yang agak kendur pengisiannya. Maksima sehari dua kuliah dan satu slot lain - diskusi atau seperti besok, praktikal fisiologi. Semalam ada satu slot 'kegemaran'.. anatomi.
Benarlah kata ayah, menjadi doktor - atau lebih tepat, mempelajari ilmu perubatan -ini mengakrabkan hati dengan mengingati mati.
Teringat suatu hari dalam penghujung semester lepas. Tertinggal lab coat di dalam makmal. Nasib baik waktu itu masih berada di bangunan kampus, lantas tergesa-gesa berpatah balik menaiki lif ke makmal anatomi yang berada di tingkat tiga. Ketika saya sampai ke sana, tidak ada sesiapa di dalam makmal. Yang ada hanya mayat-mayat terbujur bertutup di bawah kanvas biru, terbaring di atas troli-troli panjang, bersusun-susun. Sunyi senyap. Saya berjalan merentas makmal, lalu di sebelah mayat-mayat itu, sampai ke hujung sebelah sana di mana lab coat saya tertinggal. Dan saya cepat-cepat melangkah keluar...
Setiap kumpulan diperuntukkan satu mayat untuk dibedah dalam satu semester. Di samping itu ada prosections - bahagian-bahagian badan seperti kerangka toraks, tangan, kaki, dan ruang pelvis - yang sudah dipotong-potong dan diasingkan untuk dijadikan sampel.
Mayat-mayat di dalam makmal berada dalam pelbagai keadaan. Ada yang kepalanya terbelah bolong tanpa isi, sudah digergaji dan dikeluarkan otak, mata, dan lain-lain isi. Tinggal kelopak mata yang tertutup tanpa ada apa-apa di sebaliknya. Lengan yang separuh hancur dikerjakan pelajar-pelajar untuk mengkaji lapis-lapis otot, salur darah dan urat saraf. Dada yang sudah ditanggalkan kulit, dikikis lapis-lapis lemak, dan dikerat tulang rusuk untuk mendedahkan paru-paru.
Kadang-kadang, tidak dapat tidak, saya akan memikirkan tentang kehidupan mereka sebelum menjadi mayat. Jantung yang kaku itu dulu pernah berdenyut. Arteri dan vena itu pernah mengalirkan darah yang segar membawa nadi hayat. Mata yang tertutup itu pernah melihat dan lidah yang lembik itu dulu pernah berbicara.
Bagaimanakah pula keadaan roh-roh mereka sekarang sesudah menjadi mayat?
Masih terpanakah manusia dengan dunia, masih angkuhkah manusia dengan kehidupan sementara? Masih lekakah dengan pesona yang melalaikan hati dan membutakan mata?
Teringat autopsi yang pernah saya hadiri (seperti majlis pula ya~) di morgue (bilik mayat)Saint Mary's Hospital, dalam Oktober tahun lepas rasanya. Wanita baru meninggal dunia, kerana komplikasi sewaktu pembedahan jantung. Masih terbayang-bayang bagaimana dadanya dibelah dengan pisau, kemudian tulang rusuk dikerat dengan bone cutter yang seperti gunting. Darah yang bertakung memenuhi rongga toraks dicedok dengan jag dan dicurah ke dalam sinki. Usus yang penuh berlemak, jantung, hati, paru-paru, satu-satu dipisahkan daripada otot-otot yang memegang dan dikeluarkan ke atas meja. Kemudian kulit kepala ditoreh dan diangkat - bayangkan muka ditanggalkan disayat ke atas, menampakkan tengkorak yang ditutupi membran kemerah-merahan - dan menggunakan gergaji elektrik tempurung kepala itu dibelah. Otak dikeluarkan dan diletakkan ke atas meja bersama 'sampel-sampel' organ yang lain.
Pakar yang menyelia kumpulan kami memberi penerangan satu-persatu tentang organ-organ segar di hadapan kami. Hati dan otak dihiris-hiris untuk menunjukkan strukturnya. Jantung yang berpenyakit itu, ditunjukkan kepada kami di manakah cacatnya, di mana tisu yang mati dan di mana salur darah yang tersumbat, sehingga mendatangkan kematian. Ini bukan kali pertama wanita ini dibedah, sebelum ini telah beberapa kali dia menjalani rawatan.
Mati itu akan datang bila-bila masa sahaja. Sembuh daripada penyakit, pulih selepas dirawati di hospital, tidak bermakna terlepas daripada kematian. Ia tetap akan datang. Wanita ini ke hospital untuk berusaha lari daripada kematian tetapi dijemput sewaktu berada di meja pembedahan.
Sesudah selesai penerangan, kesemua organ tadi dimasukkan ke dalam beg plastik dan dimasukkan ke dalam rongga toraks semula. Kemudian dada yang terlopong itu dijahit. Tempurung kepala yang dibelah dicantumkan semula, kulit kepala dan muka diletakkan pada tempatnya dan dijahit juga. Kemudian rambut wanita itu disikat. Tidak ada bukti jelas, tadi mayat seorang manusia dilayan tidak lebih daripada sekadar 'spesimen'.
Waktu kita juga akan tiba. Dan kita tidak tahu apakah nasib jasad kita sesudah ditinggalkan roh. Mungkin kita tidak akan peduli sangat pun, kerana yang lebih dibimbangkan adalah nasib roh yang akan dipertanggungjawabkan, kerana jasad tidak lebih sekadar kenderaan. Ngeri, ya ngeri membayangkan layanan kepada jasad yang dikerat-kerat dan dibelah-belah, tapi lebih menggerunkan lagi memikirkan azab Allah di akhirat kelak.
Merujuk terjemahan Towards Understanding Qur'an, Sayyid Abul A'la Mawdudi,
Everyone is bound to taste death and you shall receive your full reward on the Day of Resurrection. Then, whoever is spared the Fire and is admitted to Paradise has indeed been successful. The life of this world is merely and illusory enjoyment. [Ali Imran : 185]
Sekadar ilusi, dan jangan hendaknya sesudah mati barulah kita terbangun daripada mimpi.
kita saling doakan, saling memperingatkan, ya sahabat.
salam sayang,
meow~
Thursday, February 01, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Satu-satunya post Dibah yg paling tragis...
satu persatu proses pelompongan mayat itu diceritakan.. kadangkala, kaki ini tergerak2 berketaran, takut-takut terpancur darah keluar dari paparan..
tolong lah dibah.. kalau nk cite bab2 bedah ni.. baik letak 18SG dulu tau..(even i'm still 20 hahaha..)
erm.. tetapi azab dari Dia tak terbayang dek akal biasa..selalu diceritakan melalui Kalam-Nya..
Astaghfirullah Al-Azim..
Yer, post yang menarik. Kan best kalo ada gambo sekali :)
seram.............
kalo aku duk ramai-ramai kat mayat pun dah takut.huhu..kalo sorang-sorang terkencing dah kot.mmg lemah semangat aku ni.
tp, mmg untung jd Dr ni.tiap ari boleh muhasabah diri.
Dibah.. sangat dahsyat gaya penceritaan kau.. mmg aku dapat menghayatinye.. ni, adibah najihah tak dibenarkan baca.. mau pengsan budak tu nnt..huhu..
Post yang menarik, sebab buat akak teringat pada kelas praktikal anatomi dulu. Kami sekumpulan yang tetap dari first year sampai 3rd year.. dan rakan-rakan akak tahu yg akak tidak akan sibuk2 membawa scalpel sejak bulan kedua tahun 1 lagi.
Akak minta tolong mereka (kebanyakannya mamat OZ) yg buat dissection. Bukan sebab akak takut...
Asal mulanya memanglah takut, apa mayat ni akan rasa? Teringat masa dulu org tua sering beritahu waktu belajar pengurusan jenazah kena uruskan dgn lemah lembut takut mayat rasa sakit.. kalau dah kena bedah tak ada anesthesia kat mayat tu tentu akan rasa sakit? Itulah yg berlegar2 dalam kepala akak pada mulanya.
Tapi dik, masuk minggu kedua akak rasa seronok toreh2 tangan dan muscle kaki dan tangan mayat tu...
SERONOK? erk..
Kemudian akak berazam akak akan belajar tanpa perlu membedah. Dan akak berhenti membedah mayat semenjak hari itu...
Alhamdulillah, akak dapat juga MBBS tanpa membedah mayat.
p/s Itu belum cerita makan minum dengan baju dan tangan masih berbau formalin..
after reading ur post, i am very sure now that being a doctor is not my destiny.
betul la. org selalu igt mati = org bijak = org belajar perubatan.
salaam,
mereka yang takut mati kerana mereka tidak tahu kehidupan setelah mati, bukan?
aduh..luckily aku tak amik medicine
Post a Comment