Sunday, January 21, 2007

Aisyah Zaatiyah Mencari Cinta - III

assalamu'alaikum.

sambungan lagi, bahagian akhir insyaAllah, harap tidak jemu baca ya~ :-)

Kembara III - Pengorbanan di Medan Rusuhan

Berpagi-pagi dengan bersimpuh mendengar bacaan al-Quran dan tazkirah si tua tentang Allah dan cintaNya kepada hamba-hambaNya. Bunyi kicauan burung mendamaikan. Jukstaposisi bicara didaktiknya dengan imbasan-imbasan rencam peristiwa hari terdahulu semakin menguak hijab yang menabiri hati Aisyah Zaatiyah. Tentang erti dan universaliti cinta.

Alangkah baculnya manusia yang tidak pedulikan saudaranya yang teraniaya, alangkah malang dan sedihnya manusia teraniaya yang tidak ditolong saudaranya. Dan alangkah hinanya manusia apabila seperti tidak ada tempat untuk Allah dalam hati-hati mereka. Cinta itu datang daripada Allah, dan sewajarnya mencintai yang lain itu didasari kepada mencintai Allah dan mengharapkan cintaNya. Allah tidak perlu berkorban apa-apa untuk mencintai umatNya, Dia Maha Pengasih, Maha Pemurah, dan Maha Kaya, tetapi hukum cinta untuk hambaNya menuntut pengorbanan. Cinta kepada insan dan kepada Tuhan, kedua-duanya menuntut harga, untuk punya harga.

Cinta yang sebenar adalah cinta yang dizahirkan melalui pengorbanan. Cinta yang tidak mahu berkorban adalah mementingkan diri sendiri dan memuaskan nafsu sendiri. Cinta yang menepikan Allah adalah cinta yang haiwani. Bagaimana mungkin wujud cinta sejati dalam kehidupan seperti itu? Aisyah Zaatiyah semakin mengerti, cinta sesungguhnya adalah pengorbanan.

Tapi adakah dengan pengertian itu, dia sendiri tergerak untuk berkorban? Entahlah. Jujur dia bicara dengan hatinya, ya dia tahu pengorbanan itu mulia dan bukti cinta, tapi relakah dia, tegakah dia melepaskan kesenangan hidupnya, cukup teguhkah asa untuk mencukupkan cintanya dengan Taufiq dengan pertautan hati dalam dunia serba sukar sedangkan jarak dihadang oleh perjuangan.

Aisyah Zaatiyah dan Mek meninggalkan pondok si tua dengan azam sekuat selalu untuk mencari Taufiq, walaupun dengan mata hati yang semakin terkuak hijabnya.

Mata rindu Aisyah Zaatiyah mula melihat Taufiq dalam setiap kelibat. Yang mengangkat barang di luar kedai itu Taufiq, yang memandu kereta berkaca mata gelap itu Taufiq, yang membelai kucing di dukungan di laman rumah itu Taufiq. Tapi sayang, realitinya semua mereka bukan Taufiq. Matahari semakin garing, Aisyah Zaatiyah akhirnya terduduk di atas bangku di tepi jalan, hampir satu kawasan perumahan setinggan. Membuka bungkusan roti yang dibekalkan oleh si tua, berkongsi dengan Mek yang melahap kerana mereka berdua memang lapar.

Rumah-rumah buruk seperti kotak-kotak zink, ada dinding bertampal suratkhabar, kanak-kanak berkaki ayam comot berlari-lari dan ibu-ibu yang kusut masai menadah air di paip awam. Dan kawasan ini letaknya di belakang kawasan bangunan pencakar langit yang mewah. Kontras yang membingungkan.

Seorang gadis terencat akal, kotor selekeh berpakaian buruk menghampiri, meminta makanan. Aisyah Zaatiyah mulanya teragak-agak, namun akhirnya roti yang hampir sampai ke mulut itu bukan dicebiskan tetapi dihulurkan semuanya kepada sang gadis. Aisyah Zaatiyah yang mulanya kegelian melihat sang gadis, akhirnya mengusap bahunya dan mempelawanya duduk di atas bangku yang mengalas duduknya tadi, sedangkan Aisyah Zaatiyah sendiri bersila di atas tanah beralas kepingan kotak-kotak. Sempat sang gadis bercerita sedikit-sedikit dengan lidah pelat dan mulut penuh.

Riuh-rendah. Kecamuk. Jeritan-jeritan. Panik. Ada jentera besar mengaum hendak merobohkan gubuk-gubuk setinggan yang konon dibina di atas tanah haram. Angkuh Pak Menteri mengetuai di barisan hadapan, menghalau penduduk-penduduk konon penderhaka dan pemalas yang menyusahkan kerajaan. Tanah ini lebih untung menjadi tapak hotel mewah, lagipun adakah semenggah belakang bangunan pencakar langit seburuk tempat pelupusan sampah? Penduduk kelam-kabut. Beramai-ramai keluar, merusuh, mengamuk, marah-marahkan orang-orang biadab yang mahu menceroboh kediaman mereka tanpa sebarang pampasan, sedangkan mereka warga Karang Setra yang sah. Keributan. Aisyah Zaatiyah terperangkap di celah orang-orang ramai. Dan dia nampak Taufiq. Benar-benar nampak Taufiq. Di sebelah sana, di jalan besar sana, di celah-celah orang ramai yang sedang merusuh di sana.

Dan Taufiq melihatnya.

Manusia-manusia kejam datang dengan kayu membelasah penduduk. Haru-biru. Teriak tangis. Orang dan binaan sama dibelasah, orang tertiarap memakan tanah dan pondok-pondok rebah-rempah. Aisyah Zaatiyah dan Mek terpisah. Mata Aisyah Zaatiyah tertancap kepada satu arah; Taufiq ya Taufiq, yang juga terperangkap dalam kecoh-kecoh di sebelah sana.

Satu tangisan hinggap ke telinganya. Gadis terencat akal tadi sedang menangis meraung-raung, tidak ada sesiapa yang peduli. Dan dia berdiri di sisi sebuah rumah yang sedang rakus dirobohkan dengan kapak-kapak dan kayu-kayu, tanpa sedar dinding dan tiang itu akan runtuh menimpanya. Aisyah Zaatiyah memandang ke arah Taufiq sekilas, sekali, dan berpusing menuju ke tempat sang gadis berdiri meraung, menolaknya jauh dari bahaya, dan dinding runtuh itu menimpanya.

Rusuh lanjut hingga ke senja. Aisyah Zaatiyah tidak sedar apa-apa. Apabila kecamuk mereda, yang tinggal hanyalah runtuhan-runtuhan pondok yang gagal dipertahankan dan tubuh-tubuh cedera yang bergelimpangan. Aisyah Zaatiyah diheret keluar dari timbunan serpih zink dan kayu dengan darah berlumuran.


Penamat - Inikah Cinta?

Katil hospital mengalas pembaringan Aisyah Zaatiyah. Sebelah wajahnya berbalut, mata kirinya parah. Mek tidur terlungkup di atas meja di tepi katil. Jelas nampak balutan pada kepala dan tangannya. Lampu suram. Di sisi katil, berdiri sesusuk tubuh yang merenung Aisyah Zaatiyah penuh kasih. Wajah Aisyah Zaatiyah yang berbalut diusapnya lembut, Aisyah Zaatiyah yang nyenyak dalam tidur berubat pelali sekadar mendengus kecil. Sesekali susuk tubuh itu nampak menyeka air mata di pipi sendiri.

Telefon dalam kocek berbunyi. Taufiq tergesa-gesa menjawab. Ya, seminit saja lagi. Kemahiran kedoktorannya diperlukan, dia perlu kembali ke perkampungan tepi pantai. Gerak gempa dikesan lagi, tsunami melanda lagi. Dia perlu membantu. Walaupun rindu dan cinta kepada isterinya yang tersayang, isterinya yang sudah mengerti makna cinta dan pengorbanan, seperti air membuak di belakang empangan.

Taufiq meletakkan sepucuk surat di atas meja di sisi kepala Aisyah Zaatiyah, di mana Mek akan melihatnya sebaik sahaja terbangun. Dan perlahan-lahan, dia berpaling dan mengatur langkah keluar.

Sejurus sesudah Aisyah Zaatiyah membaca surat yang ditinggalkan suaminya, berita yang sampai dari corong radio memutuskan tangkai hatinya. Tsunami kedua yang tidak diduga - selepas tsunami yang memanggil suaminya pergi - tiba-tiba mengganasi perkampungan pinggir pantai lagi. Hadir tidak semena-mena seperti sayap malaikat maut yang tiba-tiba menutup segala cahaya. Dan antara yang terkorban adalah Dr Taufiq Ismail.

Khatamlah sudah, mutlaklah sudah pencarian cinta manusia Aisyah Zaatiyah.

Ternoktah dengan pengorbanan yang bertindih-tindih.

"Mek baliklah. Aisyah sedar, Taufiq adalah manusia yang akan mati, hamba Allah seperti Mek dan Aisyah juga. Walaupun Taufiq dah tak ada, Aisyah mahu cinta kami terus hidup. Untuk menghidupkan cinta itu sesuci dan seikhlas mungkin, cinta Allah perlu menjadi dasarnya, cinta sesama saudara itu wadahnya, dan pengorbanan akan menjadi buktinya. Cinta kepada manusia tak sepatutnya mendahului cinta kepada Allah.. itulah yang Taufiq cuba sampaikan kepada Aisyah selama ini, dan Aisyah mahu cuba fahami sampai benar-benar dapat menghayati dan merasai."

"Saudara-saudara di sini perlu bantuan dan pembelaan. Perlu didekatkan dengan Allah, dan jiwa Aisyah sendiri memerlukan tarbiyah. Aisyah mahu tinggal di sini. Belajar agama dan berbakti, kerana Allah. Biarlah Aisyah tak sempat mencium tangan abang Taufiq di dunia ini, biarlah kami hanya bertemu dalam mimpi sampai akhir hayat nanti, Aisyah harap, di syurga nanti mata kami akan bertentang lagi.."


salam sastera,
meow~~

11 comments:

Anonymous said...

Sedang dalam usaha membaca cerita Cik Dibah dan membaca buku Organic Chem (aktiviti 2 dalam 1) saya teringat perbincangan tentang sepatutnya kita kahwin dengan orang yg sefikrah dengan kita, jika kita didalam aliran dakwah dan tarbiyyah ini.

Betulkah itu yg terbaik?

Bagaiman pula dengan orang seperti Aisyah Zaatiyah? Ada mungkinkah dia mampu menemui cinta Allah kalau dia berkahwin dengan orang sepertinya juga? Patutkah dibiarkan sahaja orang seperti Aisyah ini demi kerana mahu berkahwin dengan orang yg sefikrah sahaja?

Anonymous said...

perkahwinan dgn org yg sefikrah itu, akan meminggirkan orang2 seperti Aisyah Zaatiyah inikah? saya tidak mengira itu sifirnya saudari ummi. kerana dakwah itu alirannya luas. dan memimpin tangan2 manusia seperti dia masih tugas getir sang daie, biar siapa pun yg tertulis menjadi pasangannya..

Anonymous said...

heheh..nak komen ummi dulu ah..bukan komen...kite share kan...sharing is caring...wahahaha...

bg saye (sjak bile ckap cenggini)...erm..sepatutnye kita kahwin dengan orang sefikrah? yek...betol jugak alasan cenggitu ye...yela...nnt camne nak idupkan perjuangan kalu sayap kiri xnak berkibas atau tulang belakang xnak menyokong ye x?

Allah firman...perempuan baik utk lelaki baik...

kite byk denga dalam motivasi..think out of box...so bukanlah bermakna kite kena cari yang baik kan? bukan ke cinta tu dari dalam ke luar..maknenye...kite kena jadi baik maka dapatlah yang baik...x gitu? ok2...mbe ummi dah muak kot dngar bnda comon nih...

dalam 1 lg aspek...apekah pengukur 'baik'? pH 7.0? atau 110 km/h? atau 55 kg? atau 76mmHg? erm...xde ek...xtau a...aku x jmpe lg a takat nih...jadi...name pun baik tu subjektif n relatif...

so 1st tadi kite kna berusaha jadi baik utk dapat yang baik...so ape yg baik utk kite? ALlah yang tau...logik akal yang terbatas mengatakan yang baik utk kite (katelah utk aku yang lelaki nih) ialah pmpuan yg jage solat, aurat, muamalah, islam, keturunan baik, kaya, cantik...supaya dapat didik anak2 nnt jadi pelapis Islam yang akan membentuk baitul muslim...dan saaaaaaampai la jadi ustaziyatul alam...

tp kite x tau ape yang Allah tau mungkin yang baik bagi kite (katekan lelaki) adalah pmpuan macam aisyah...yg cinta nak tauiq saja awal2 nya...ataupn mbe lagi teruk lagi pmpuan yg maksiat x peah lekang dalam setiap perlakuan...dan ALlah tau mengapa tu akan jadi terbaik utk kite..MUNGKIN sebab dgn ade nye ilmu cetek dalam diri kite nih ALlah nk menjadikan kite nih sebagai alat...spanar...skru drebar...untuk kite fix kan yang mane x kena...itu mungkin...siapa tau...Allah maha mengetahui...

jangan kite memaksa sungai menukar haluannya mengalir kerana di luar kawlan kite..tp ubahlah layar kite supaya dpt kite adapt...so..kite xleh nk tuka orang lain...nak yg baik di mate kite saje...yg pnting...ubah diri sndiri jd macam ape yg ALlah nak...then Allah akan bagi ape yang baik utk kite...

leh bincang lg kot...dibah...aku ade klas nih...aku komen cito mung male2 kare ko deh...salam... =)

Anonymous said...

alhamdulillah...selesai 1st lecture utk 2nd sem...adus...1st lecture pn leh tido ke? nasib baik mak aku xde kt sini...kalu x...musti kecewa...kecewa...kecewa..

begitulah akurase...kecewa...kecewa bile mule2 dibah kate memule die nak wat aisyah x dpt jmpe dgn taufiq...tp bile bace tadi...aisyah nmpk kelibat taufiq je hati aku dah berbunga (bunga??? aku ke aisyah yang nak kat taufiq tuh? na'uzubillah...)

x kesah pastu die pisah ke x...aku buleh terima sad ending lagu nih...sebab...klu x jmpe terus...memule mereka berpisah dlm keadaan konflik...aisyah x rela taufiq tinggal die sedangkan die 'sayang' taufiq...x rela I...gitu kot die cakap...muehehehe...

then aku leh terima perpisahan yg last skali tuh...yang BENAR-BENAR berpisah tuh...sebab taufiq pergi dan aisyah ditinggalkan dalam keadaan aisyah memahami perjuangan dan jihad suami dia...alhamdulillah...nak nangis dh tadi...tp x...aku kan payah menangis...

tu dulu kot...lenkali a plak membebel...salam

harisNoor said...

Salam.

Bergenang air pada mata ini, tetapi cepat-cepat aku hapuskan dengan kelipan mata. Saat Aisyah Zaatiyah kehilangan Taufiq memilukan. Nampaknya pena Adibah masih lancar lagi dakwatnya. Kesibukan demi kesibukan gagal untuk memudarkan kemahiran Adibah.

Pada fikiran saya, tak perlulah kita menggila-gila sangat memilih bakal suami/isteri yang sefikrah dengan diri kita. Kalau sefikrah, alhamdulillah, insyaAllah bahagia. Kalau tidak, bukankah perkahwinan itu merupakan salah satu daripada beribu-ribu jalan dakwah? Tarbiahlah suami/isteri hingga fikrah itu menjadi satu.

Chrysalis said...

Cerita yg bagus dan sarat dgn bahan dakwah.

Kahwin dgn sefikrah? Kesimpulan cerita telah menunjukkan Aishah sebenarnya sefikrah dgn Taufiq walaupun "tidak nampak potensi" pada mulanya.

Oh ye, dan cinta Allah lebih utama.

Anonymous said...

aku membayangkan saat "rumah" itu diroboh, oleh tangan-tangan khadam yang hidungnya bercucuk rantai..

kasihan mereka..ibarat berumah di taman larangan, sedang di situ tempat darahnya menitis..

panwalla said...

jangan minum air kacang soya ya!

Anonymous said...

Hmm..A lot of comments and analysis from a lot of people.. A sign of a good literature.

The reality of our world - or shall I say our country? - is being potrayed in this piece of artwork in a rather blunt and extreme way. If we examine this story in detail, I am sure we will find that the writer is pointing to us about some 'unsettling' trends that is happening in our country nowadays. Kudos to the writer for the poignant criticism.

"Lantas Mek menuntun ke sebuah kedai minum - atau kedai makan - atau restoran - menyarankan mereka berehat dahulu seketika. Pengunjung-pengunjung sedang ralit menonton perlawanan bola. Bersorak-sorakan."

So people who often watch EPL at mapele, realise that you are in a hot seat right now!

Notice that 'arak' appears two times - in seperate scenes - too. I wonder if alchohol is really a big problem with our youth nowadays. Maybe it is; I am just not aware.

"Masuk Pak Menteri dan isterinya ke dalam restoran, dilayan dengan penuh hormat seolah-olah kaki mereka pun mahu dijilat. Pengemis dihalau dan dipukul dengan penyapu seperti menghambat kucing kurap"

What a shame. Indeed, wealth and status corrupt those who are corrupted. It is sad that the same rule apllies to our 'Pak Menteri dan isterinya' and their uncountable 'lickers'.

"Konfrontasi antara si tua dan pengunjung-pengunjung restoran berakhir dengan si tua dihalau dan muzik kembali berdentum, tari-menari seperti tidak ada apa-apa yang terjadi."

'Si tua' is often labeled as jumud or narrow-minded. 'Si tua' is often accused of having nothing better to do when they raid these obscene places. 'Si tua' is often considered as the bad one, while the fasiqun are often supported until they triumph. Such is 'our place.'

"Tanah ini lebih untung menjadi tapak hotel mewah, lagipun adakah semenggah belakang bangunan pencakar langit seburuk tempat pelupusan sampah? "

"Dan kawasan ini letaknya di belakang kawasan bangunan pencakar langit yang mewah. Kontras yang membingungkan."

Ironic indeed. Well, the gap between the poor and the rich is not really that cronic in 'our place.' However, there is no doubt that the poor ones are not given enough priority by hmmmm. Our prophet s.a.w. is the best in treating the poor. He is always with them and he has first hand experience with them. But some never understand this problem as they never experience it and some easily forget their past when the sweetness of dunya gets to them. I personally don't want to pretend that I understand it either. Good point anyway, and hope that you - we - can rectify this in the future.

I can't help but to relate this story to a well known novel when it comes to the flow of plot and the ending of the story. Partly inspired by it, I guess.

Ok,I better stop crapping here.

By the way, in my oppinion, we should not think that we should marry only certain-certain ppl just because we think we are good. Its ok to find somebody 'sefikrah' and naturally, you are inclined to find ppl 'sefikrah' with you anyway. But to think that I can't marry so-and-so because he/she is not up to our mark is dangerous indeed. There is a malicious heart disease attached to this, if you know what I mean.

P/S: There are 2 cats in this story. A.Z. seems to like cats a lot. I wonder why. haha..

Anonymous said...

well done to the writer.it might b a bit shorter than other stories that i've read[at least not dragging like other stories],yet i am very touched by the purity of love that been shown by aisyah[i have a friend named aisyah lol]..it's wonderful.the loyalty potrayed by her,really teaches me that that is the priceless value in a marriage..be faithful to your spouse...
to the writer,can you write some more? i am indeed had a thirst for these kind of stories...i am very agog to read another story from u.thank u

Anonymous said...

salam..

adibah abdullah..ye, bru sy akui ape yg awk tulis kt about me tu..'kenali saya melalui tulisan saya'..sy bg thumbs up pd cte ni..esp bila dan dipentaskan kt RCSI smpena CCMB smlm..sy suka dgn bait2 kata pelakon yg diucapkan dlm teater trsebut..penulisan skrip cerita yg mantap..bole diasah utk projek yg lebih besar pd masa akan dtg..gud job! keep it up~

-pljr_dublin-