Tuesday, August 14, 2007

Jadi Pengantin Sampai ke Syurga

kasih itu jadikan ia embun,
cinta itu matahari
yang setia memanggilnya pulang ke sisi
ketika hari kian meninggi.

kasih itu biarlah menjadi hujan,
cinta itu rumput-rumputan
yang setia menantinya mencurahkan sayang
ketika hari merangkak petang.

apabila sampai waktunya,
keringat juang yang ditumpahkan bersama
sudah menyiram taman dan menguntumkan bunga,
lalu suria senja perlahan-lahan menumpahkan tinta,
merah-merah, kirmizi, emas perak bercanda
menunggu malam tiba
untuk mengabadikan penyatuan kasih dan cinta
jadi pengantin sampai ke syurga.

Khas untuk teman-teman yang bakal mendirikan rumahtangga sedikit hari lagi. Maaf seikhlas hati, saya tidak mampu menjenguk majlis kalian kerana aral yang mendatang perlu dialihkan.

Semoga tabah menempuh segala dugaan dan thabat di atas jalan perjuangan, sampai selamat ke syurga menjadi pengantin selama-lamanya.

meow~

No comments: