Penat-penat belajar, saya merayap.
Jumpa entri yang menarik, saya komen.
Oleh sebab komen itu panjang dan macam OK, saya rasa mahu kongsi di sini. Ada juga edit sikit-sikit.
Dalam jangka waktu yang agak terbatas (mungkin sejak lima tahun lepas, dan paling ketara selepas terbang ke UK), dapat saya rumuskan satu kecenderungan untuk mengesampingkan atau mengurangkan keutamaan atas wacana-wacana berat dalam program umum yang bersifat ‘dakwah dan ukhwah’ kerana nanti membosankan dan sukar difahami penonton (mad’u). Memang pun, contohnya Perhimpunan Musim Sejuk Majlis Syura Muslimun 2006 yang bagi saya dan beberapa teman lain sangat mantap dan impresif pengisiannya menerima kritikan signifikan kerana ‘terlalu berat’. Haih.
Sewaktu di kolej dahulu pun, bahan usrah selalunya ringan-ringan, artikel dari internet, ataupun isu cinta Allah vs cinta manusia (hangat dulu, kini, dan selamanya, bukan?). Bila disuarakan tuntutan untuk bahan yang lebih berisi, hujah yang diberi adalah, kita perlu memberi respons kepada mad’u daripada pelbagai skop berfikir, tidak ramai yang akan suka dengan inti usrah yang berat, nanti sudahnya yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.
Nampaknya dalam usaha da’wah, majoriti perlu diutamakan. Citarasa mad’u yang ingin didekati (walaupun sampai bila minat yang ada itu berkekalan sebelum ditinggalkan untuk mengejar mad’u baru pula, tapi itu cerita lain) perlu dilebihkan. Daripada sudut praktikaliti da’wah dan menyesuaikan pendekatan dengan mad’u, hujah ‘kandungan yang berat menyukarkan mad’u faham dan menjauhkan mereka’ adalah logik, boleh diterima, dan pada takat tertentu, sangat benar. Nanti jadi ’syok sendiri’ pula, berprogram dan berwacana habis-habisan, tapi hanya sekerat jari saja yang faham dan berminat, yang selebihnya tidur, menganga kebosanan atau melopong tidak mengerti.
Namun persoalannya, dalam situasi sebegini, benarkah golongan ‘minoriti’ yang menggemari bahan-bahan berat perlu mencukupkan pencarian dengan usaha sendiri sahaja yang lebih bersifat peribadi dan terbatas kepada kelompok rakan-rakan yang ’sama tahap’ serta tidak boleh mengharapkan program umum?
Apa yang saya nampak kekurangan pada pendekatan ini, apabila ilmu hanya berlegar-legar dalam satu kelompok sahaja dan tidak ‘pecah keluar’ kepada umum. Yalah, umum suka yang itu-itu, berikan sahaja yang itu, nanti mereka tidak mahu! Kalau ‘golongan intelektual’ (maafkan terma yang sedikit eksklusif ini, sukar mahu mencari kata yang lebih sesuai) ini menganjurkan program wacana ilmiah yang menepati kecenderungan mereka, yang akan datang adalah ‘golongan intelektual’ yang lebih kurang sama sahaja!
Yang lebih mengecewakan, pengisian yang kadangkala disifatkan ‘dangkal’ tetapi menarik minat ramai, menjauhkan pula ‘golongan intelektual’ yang berasa terhimpit dan tertekan dalam situasi sedemikian. Kalau mereka lari dan mencari Islam dengan cara yang lain (yang betul), mujur. Kalau tidak? Berapa ramai lagi intelektual yang ‘trauma’ dengan Islam (yang mereka silap fahami), langsung menolak, malah menentang Islam? Mereka ini tidak ramai, tetapi sedikit yang berpengaruh.
Persoalannya lagi, bagaimanakah wacana ilmiah yang relatif berat akan mendapat tempat dalam hati masyarakat sekiranya beginilah ‘kemanjaan’ yang diberikan? Kadang-kadang - lebih dari kadang-kadang sebenarnya - saya terfikir, perlukah wacana berat ini ‘dipaksakan’ juga (walaupun secara selitan-selitan dan tidak keterlaluan banyak, tetapi mesti konsisten) dalam wacana-wacana umum, dalam usrah, agar minda yang mulanya langsung tidak kenal apatah lagi gemar, mula berkenal-kenal dan akhirnya mencambahkan minat.
Memandang isu ini dengan sedikit optimistik, mungkin mereka yang bermula mengenal Islam dengan cara ‘ringan-ringan’ akan ‘naik pangkat’ secara semulajadi dengan percambahan minat terhadap bahan-bahan lebih berat dan ilmiah pula. Sayang, ini jarang berlaku. Tidak mahu hurai lebih lanjut, nanti kena kutuk.
Salam Muharram.
meow~
5 comments:
i like this entry, and should i categorize it as, deep intelectual discussion exclusively for highly gifted student? lol.
apa2 pun, saya sokong point awak. memang jadi tabii dan fitrah manusia untuk cenderung kepada kebaikan, dan selalunya kecenderungan mereka ini bertahap. mula-mula ringan dan semakin lama semakin berat.
jadi sebagai du'at, kita kenalah memahami fitrah para penonton ni. Allah telah mengajar Rasulullah dan para sahabat dengan bertadarruj (bertahap). Lihat saja dalam proses pengharaman arak, yang sudah pekat dan sebati dalam darah arab jahiliyyah ketika itu. Islam tidak terus straight to the point mengharamkan khamar, tetapi dengan lemah lembut mengajar umatnya step by step. mula-mula eksplenkan arak itu ada kebaikan dan keburukan, dan keburukan itu outweight kebaikannya. tak lama kemudian islam menegah umatnya daripada minum ketika hampir solat. dan akhir sekali, barulah ayat pengharaman itu turun. ketika ayat itu turun, dikisahkan lorong-lorong di kota mekah habis basah dengan arak-arak yang dibuang. Saidinatina Aisyah ketika memberi komen tentang peristiwa ini mengatakan, "Andainya ayat ini turun ketika permulaan Islam, nescaya hal ini tidak akan berlaku" (menandakan kejayaan Islam mendidik umatnya mematuhi perintah secara bertahap).
okeh, kita kembali kepada topik hari ini. bagaimana kita hendak mentackle hati mad'u? jawapannya sudah jelas bukan? kita perlu BERTAHAP. jadi kalau nak buat program dengan tema dan tajuk yang berat, perlulah dibuat mukaddimah-mukaddimah kepada para penonton, agar dapat mengurangkan jurang kefahaman mereka dengan tajuk yang hendak dibawa ketika program. ataupun dengan alternatif yang lain, cairkan saja tema program dan berikan yang ringan-ringan, tajuk-tajuk yang berat boleh disimpan dan dikongsi ketika pertemuan-pertemuan mingguan yang mendatang.
islam meraikan fitrah manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang yang seterusnya membentuk pelbagai ideologi dan kefahaman. maka langkah bertahap adalah langkah yang terbaik untuk meraikan semua sahabat-sahabat baru kita dalam dakwah.
apa-apapun, medan kerja lebih luas dari medan cakap. so mari kita kurang cakap dan banyakkan bekerja.
wassalam
Salam,
Kebolehan dan kemampuan membawa arus dan memperdanakan perubahan positif dalam masyarakat adalah kayu pengukur kejayaan usaha perubahan. Jika usaha perubahan hanya berputar dan berlingkar di takuk pemikiran dan perbincangan intelek golongan terkecil dan terpandai masyarakat tetapi gagal terjelma sebagai suatu impian dan cita-cita yang sama dikongsi bersama kelompok teramai masyarakat, maka usaha perubahan itu tidak berjaya.
lewat sejarah, kita lihat ramai pemikir-pemikir agung tetapi tidak ramai mampun mengetuk pintu masyarakat dan menggegarkan hati mereka setreusnya memberi suatu azimat semangat perubahan.
menjelmakan pemikiran dan wacana ilmu epada usaha yang menggerakkan masyarakat merupakan satu bidang upaya yang beda dengan upaya membaca buku-buku diskusi perubaha.
apatah lagi bila kita berbincang perubahan positif masyarakat, kita bincangkan perihal golongan terkecil dan terpandai dan begitu juga golongan teramai dan kurang pandai. mencari ruang selesa dan ruang rai pelbagai warna, bulu dan bau.
seimbangkan wacana ilmu, pemikran dan pembacaan bersama turun ke padang dan bergelumang dengan masyarakat.
Beda al-afghani, rashid redha, muhammad abduh dengan al-banna, ialah al-banna mampu memperkasakan dan berkongsi pemikiran yang sama dengan kelompok teramai masyarakat.
allahua'alam
wah kata kata hangat di sini.
Satu topik yang menarik. Pendapat peribadi merasakan sesuatu program itu sebaik-baiknya mengacukan peserta, bukan diacukan oleh peserta. We don't make programmes so that people like us. We make them so that we can make a change to the people that attends it, eventhough it is just a change in perception for example. Sekiranya para peserta terdiri daripada golongan cultured ataupun intelek, maka pengisian yang berat adalah sesuai untuk mengasah peserta agar berfikir dan berfikir because they have the capacity and potential to do so eventhough they have not realized it...yet. Berbeza dengan mereka yang kurang sedikit keupayaan utk berfikir, mungkin pengisian berat merupakan method yang salah untuk membentuk golongan ini. Tetapi selagi mana ada kapasiti dan potensi, itulah yang perlu kita keluarkan.
Sekiranya mad'u biasanya sukakan benda2 ringan, kita acukan pemikiran mereka agar upgrade sedikit mengikut keupayaan mereka, bukannya sogokkan lagi dengan benda2 yang mereka sedia suka. Dakwah itu adalah proses pembinaan manusia. Perlu dikeluarkan manusia ini daripada zon selesa supaya dia akan terus beramal dalam apa jua keadaan.
Then again, approach yang salah mungkin juga menjauhkan orang. Setuju juga dengan point amar di atas tentang perlunya proses yang berperingkat. Masa sy first yr dulu, sy tak puas hati dengan program besar yang berat sebab sahabat-sahabat lain kelihatan bosan. Beberapa kerat je yang interested. Bila dah tua2 ni, bila pegi program ringan, bosan pula. Dan bila dikaji semula ttg pengalaman semasa berada di tahun 1, sebenarnya itu bukan salah program. Tapi kelemahan adalah di peringkat pre-programbesar seperti usrah. Program besar yang berpengisian berat amat-amat bermanfaat bagi mereka yang telah diasah melalui program2 lain yg lebih small scale.
Apaperpun, perlu sentiasa kembali kepada objektif program. Kalau objektifnya adalah untuk membina ukhuwwah ataupun tazkiyatun nafs contohnya, maka pengisian yang ringan sudah memadai. sekiranya objektifnya adalah untuk memberi tekanan dan membawa perubahan dalam pemikiran contohnya, maka perlu disediakan pengisian yang lebih mencabar. wallahua'lam
saya bersetuju dengan pendapat senior saya dari mrsm taiping yg bernama nur khadijah itu.
:)
p/s: masa first year dulu saya pun ada pegi program cair dan rasa bosan yang amat. bila second year pegi program tp jadi ajk memasak, lagi laa bosan. hehe
amar
Post a Comment