Monday, March 10, 2008

Elitis

Assalamualaikum.

Entri peribadi malam ini. Hm, janji kepada diri (dan orang-orang tertentu juga) untuk menulis itu dan menulis ini, belum tertunai-tunai. Lepas ni emel, laporan dan portfolio bakal dilayan. Sibuk, sibuk.

Sesetengah teman yang rapat mungkin pernah ingat bagaimana saya mengutuk golongan elitis. Manusia-manusia intelek atau cenderung-politik yang leka dengan dunia mereka, mabuk dengan seminar dan kolokium, diskusi dan persidangan, bergesel bahu dengan tokoh akademik dan makan semeja dengan pemuka parti-parti besar, langsung mendabik dada sebagai saviour , pembela dunia. Konon mau membela nasib umat yang tidak mereka kenalpun sebenarnya. Mau memperjuangkan keadilan, sedangkan keadilan itu mereka tidak fahampun ertinya. Mau menghapuskan kezaliman, sedangkan kezaliman itu mereka sendiri sebahagian daripadanya. Mau memprotes diskriminasi dan menuntut kesamarataan hak, walhal ruang lingkup hak itupun mereka taksirkan dengan kamus sendiri, bukan dengan perbendaharaan kata orang-orang yang konon mereka pertahankan.

Selalu kata saya, turunlah ke khalayak. Bercampur-gaul dengan pelbagai lapisan masyarakat dan dengar suara mereka, dengar kata mereka. Hati dan akal mesti terbuka, bukan totok menerima berkata iya, tidak juga menolak mentah-mentah atau berlagak pandai ala patronising.

"Aku dengar apa yang kamu kata hanya kerana menghormati kamu, tetapi aku tahu pendapat akulah yang paling tepat. Aku lebih berminat mengucapkan pendapatku daripada mendengar buah bicaramu. Aku hanya melayan kamu kerana tidak mahu kamu meninggalkan aku dan merosakkan perjuanganku."

Sejujurnya ada beberapa orang yang saya kenal - ada yang akrab amat dengan saya - yang saya rasa, memancarkan 'aura' itu apabila berkomunikasi dengan saya. Seperti selalu, oleh sebab kepentingan-kepentingan tertentu, saya 'layan' sahaja, two - or perhaps more - people - can play at a game! Oh kepada teman yang baru pulang ke Malaysia itu, bukan anda yang saya maksudkan, kalau anda ada terbaca coretan ini.

(Lagu tema : Lux Aeterna, runut bunyi filem Requiem for a Dream)

Saya bosan benar melawat laman-laman web tertentu - contohnya forum dan blog-blog yang saya 'terserempak', yang perbincangan atau pengisiannya begitu ringan, mundane, dan membosankan. Saya tidak nampak poinnya membincangkan isu-isu remeh seperti masalah sahabat yang berakhlak buruk dalam satu forum yang mendapat berbelas-belas respon, atau membandingkan saiz tudung yang mana lebih mulia sehingga berpuluh-puluh respon, atau meluahkan hasrat hati yang ingin meninggalkan buah hati kerana rasa berdosa tetapi tidak ada kekuatan. Apabila isu-isu besar dibincangkan, komen yang ditinggalkan persis ciciran dari orang yang langsung tidak berfikir apatah lagi menganalisis. Perabih minyak.

Saya akui kerana jemu dengan hal-hal seumpama ini - yang juga pernah mengelilingi saya, saya biarkan mengepung saya - akhirnya saya memilih jalan lain. Keluar dan mencari arah sendiri dengan cara yang lebih bersesuaian dengan saya. Tidak ada gunanya saya memaksa diri meniti jalan yang menyeksa batini, yang tidak saya yakini lagi, dan yang menyebabkan saya didera rasa bersalah, rasa seolah-olah diri ini jahat kerana tidak akur menerima dan bergembira meniti 'jalan ke syurga' seperti orang lain yang ada bersama-sama.

Saya pernah mengorbankan fikiran saya, pendirian saya, kerana mencari sesuatu. Yang akhirnya tidak saya jumpa, dan terima kasih kepada semua yang berusaha membebaskan saya daripada pelukan mencengkam itu.

Aih, melalut pulak.

Jauhari yang mengenal manikam tentu sahaja dapat mengecam jauhari lain dengan senangnya. Penipu akan mudah mengesan penipu yang lain.

Mungkinkah saya begitu cepat mengenal siapa elitis, siapa patronizing, kerana saya sendiri mempunyai sifat-sifat sedemikian?

Laman-laman web yang bosan, blog-blog yang menjemukan, bukankah itu realiti umat yang saya bising-bisingkan perlu diterjuni bukan dijauhi?

Selesa saya dengan orang-orang tertentu, bosan saya dengan situasi tertentu, adakah kerana saya sendiri mempunyai sifat-sifat yang saya benci?

Saya rasa Adibah Abdullah ini semakin lama semakin berubah.

Sifat dismissive saya semakin ketara. Mengabaikan pendapat orang yang tidak saya sukai adalah sesuatu yang sangat senang. Kalau ia ditinggalkan di blog saya, saya tidak akan padamkan atau membalasnya. If I don't like what you say, I don't bother to respond to it. Berhujah atau berdebat juga saya jarang lakukan. Apa gunanya? Menghabiskan minyak. Orang yang dilawan berhujah tidak akan mengubah pendiriannya. Saya juga tidak akan mengubah pendirian saya. 80% of the time. Saya tidak pernah membalas komen di blog ini walau apapun yang diucapkan, kerana blog ini blog peribadi. Akan ada waktunya nanti, ada kenyataan-kenyataan yang tidak menyenangkan ditinggalkan, dan saya tidak mahu memulakan 'tabiat' membalas komen supaya saya dapat terus berpegang kepada prinsip itu.

Saya seperti sudah putus asa dengan cita-cita besar saya dulu untuk mengubah minda umat. Apabila saya rasa saya ketemu jalan, ia berhujung dengan kepalsuan. Apabila saya rasa saya ketemu kebenaran, pintu seperti payah dibuka untuk saya. Saya mahu mengikut rasa. Saya kepingin hidup dalam dunia saya, membaca, mengarang - mungkin novel, cerpen, puisi,
artikel, editorial - dengan matlamat menyampaikan mesej saya sebagai seorang rakyat yang bebas bersuara, tanpa ada sebarang harapan besar bahawa ada sesiapa akan mengubah pendirian mereka. Betul juga, penyampai hanya menyampaikan, orang nak dengar atau tidak, itu mereka punya pasal. Saya kepingin melakukan apa yang saya mahu, jauh daripada kontradiksi dan pertengkaran, mungkin di ceruk-ceruk kampung membuka klinik kebajikan atau di tubir medan perang menjadi sukarelawan. Saya mahu tinggalkan dunia aktivisme, idealisme atau realisme, pergi mampus dengan semua istilah itu, pseudo semuanya. Apabila saya diam dan akur, jiwa saya memberontak. Apabila saya terjun ke lapangan, saya jadi menyampah dengan kontradiksi dan sekatan. Keras kepala saya tidak seperti dulu lagi. Degil saya tidak seampuh dulu.

Tapi saya tidak melakukan apa yang saya mahu, kerana rasa tahu apa yang perlu itu lebih teguh daripada rajuk-rajuk dan marah-marah. Terima kasih kepada siapa-siapa sahaja, baik anda elitis atau patronizing, baik anda akrab mahupun hadir sepintas lalu, yang sama ada secara sengaja atau tidak, membantu memastikan bara-bara yang hampir padam itu tetap memercikkan api, langsung mengipas-ngipas malah menyediakan bahan bakar agar ia bernyala.

Saya rasa saya semakin berubah dan perubahan itu semakin laju. Mimpi menjadi reformis itu masih meligan-ligan, dengan suara yang makin kuat semula, perlahan-lahan, setelah hampir mati suatu waktu.

Siapa saya sebenarnya? Mungkin saya juga elitis yang patronizing. Kalau benar begitu, saya bukan sengaja ya. Dan saya tahu, kalau anda sahabat-sahabat yang kenal saya, yang saya ambil peduli pendapat anda, anda akan tetap sayang dan terima saya.

Jangan risau, ini bukan dilema baru yang mencacamurbakan semula suasana saya yang sudah 'aman' sekarang. Itu soalan retorik yang tidak memerlukan jawapan.Yang penting, saya tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya dikurniakan Allah dengan kawan-kawan seperjuangan, dan saya yakin dengan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Haha.

meow~

4 comments:

Anonymous said...

ahaha...saya awal-awal lagi angkat tangan. Memang tak pandai dan malas menulis blog. Blog yang ada... hidup segan mati tak mahu.

FahdRazy

Taufik said...

I don't understand why you tend to look things in contrasting binaries. But of course I don't... heh.. Nobody understand other people's experience.

As a matter of principle, I think, to change something you have to be part of the thing you want to change first. For example, why Syaikh Hamza, Dr. Umar Farouq, Syaikh Abdal Hakim Murad, etcetera are so successful in bridging the gap between west and the east - in all aspects - is partly because they are part of both worlds.

You know, like a-Ghazali, with his maqasid al-falasifah, only then tahafut al-falasifah. And he is hundred times more successful than Ibnu Taimiyya on this matter - with all due respect to Ibn Taimiyya.

"Laman-laman web yang bosan, blog-blog yang menjemukan, bukankah itu realiti umat yang saya bising-bisingkan perlu diterjuni bukan dijauhi?" <-- I guess you made your point already.

I personally am not a fussy sort of person - at least I think I'm not. So whatever goes for me - usually. But whatever goes != (not equal to in programming language) aku tak pedulisme...

I don't think certain things are bosan, but I guess I just don't understand them. And somehow, I find it interesting to understand them. Like, I get curious.. why don't you like this and this, while I like it alot.. why do you think it's boring, why do you even dislike me? lol...

But I wish I can be more dismissive so I can live more peacefully.. hehe.. But everyone has a personality - I really believe in this. The bad thing about me is, I don't have the big desire to change or reform others, I tend to let them be.. In fact, I try to accomodate them, when I should be correcting them. I guess we all have to think about our own weaknesses and try to change them slowly.

Melalut panjang pulak pasal diri sendiri dkt komen blog orang, narcissistic betul. hehe..

The problem of this ummah: http://www.youtube.com/watch?v=lGspNhc8wdA

Muhammad Teja said...

elitisme, heh, mana-mana pong ada.

karyawan dan seniman seperti saudari sama sahaja nasib seperti seniman di merata ceruk dunia pong, terumatamanya mahasiswa (sy adalah contohnya, rakan penulis di negeri jiran begitu jua contohnya.)

selesa berada di tempat selesa. umpama didihkan seekor katak di dalam bikar panas di atas nyalaan bunsen. yg elit ini akan mati dalam keselesaan, percayalah.

teruskan juang, suarakan yang benar, kerana kebenaran akan kekal dan menang sifatnya. amiin.

Fared said...

Assalamualaikum.
indah dan cantik bahasa saudari.penuh dgn isi.Insyaallah sy akan selalu kemari...