Tuesday, March 18, 2008

rawak - tiga hari sebelum ReAwakening

Assalamualaikum.

Hari ini padat dengan perjalanan, fikrah, idea dan penghargaan.

Pagi-pagi sekitar jam sebelas, saya dikejutkan dengan satu lagi terjemahan baru "teknik dakwah masa kini". Nampaknya kita boleh berhemah sebaik mungkin, menghormati anjuran-anjuran pertubuhan lain, tapi adalah suatu kesilapan apabila kita menyangka pertubuhan lain itu juga akan mengamalkan akhlak seumpama kita. Mantap, tahniah kalian! Tahniah!

Hari berlalu terasa sangat cepat. Teman menjemput berhampiran stesen kereta api Sheffield..

"...dibah, nanti dari depan stesen tren, ko gerak arah.. em, apa eh arah antara barat dengan utara tu.. barat utara ke..?"
"barat laut la"

"aa barat laut, apa-apa la, kau berdiri depan stesen tu, lepas tu jalaan arah barat laut..."

Matlamat asal ringkas, hanya mahu menjenguk di mana ASDA, cara-cara pemunggahan barang, dan paling penting lokasi Muslim Welfare House Sheffield serta infrastruktur dalamannya. Tempat tidur (terutamanya muslimat, muslimin tentu sahaja tak kisah berlagak macho rela tersadai di mana-mana sahaja), bilik air, tempat ceramah. Alhamdulillah, semuanya baik.

Akan tetapi nampaknya begitu banyak 'tambahan-tambahan' kepada matlamat ringkas itu. Berjalan kaki (rasa seperti pusing satu Sheffield) naik bukit turun bukit, keluar masuk pekarangan hospital, dan menyelesaikan misteri ''di mana bas no 52 berhenti?" Pelik sungguh apabila satu demi satu perhentian bas yang kami jenguk tidak nampak nombor 52. Rupa-rupanya papan tanda nombor-nombor bas itu boleh dipusing, ada dua belah muka, dan kami hanya tengok satu muka lantas putus asa. Nasib baik kawan beri makan nasi lauk sup kambing sebelum dibawa merayap jaaaaaaauhhhh-jaaaaaaauhhhh tadi.

Sepanjang jalan - dari kompleks beli-belah sampai ke meja makan, sampai ke taman-taman Sheffield dan kembali ke meja makan, bermacam-macam isu yang dibincangkan dan diperdebatkan. Dapat kawan baru pula tidak semena-mena, bertemu di depan masjid, terus diajak bersama. Hehe. Entahlah, saya selesa benar dengan suasana begini. Berbual tidak merapu-rapu, sentiasa ada inti untuk saya berfikir.

Kawan yang kemalangan minggu sudah, luka telah tinggal parut dan bengkak yang kian surut. Haih. Naluri morbid saya terfikir, alangkah excitingnya kalau saya dapat tengok kecederaan itu first-hand! Biasalah, pelajar-pelajar perubatan ini ada yang menjadi sedikit kurang normal. Bukan seronok kerana orang cedera, tetapi seronok kerana dapat melihat tragedi dalam buku teks menjelma di alam nyata dan berpeluang mengaplikasikan pengetahuan. Seperti cerita seorang kakak, pelajar tahun empat perubatan,

"...malam tu masa oncall kt MRI, kitorang tgh bosan, tunggu... tak de orang kena stab ke malam ni, tiba-tiba datang tiga orang sekaligus." MRI, atau nama penuhnya Manchester Royal Infirmary, sebuah hospital besar di seberang jalan di hadapan kompleks perumahan saya, memang disarati kes yang pelbagai, kerana populasi pusat dan sekitaran bandar raya Manchester ini yang bervariasi. Penyakit yang aneh-aneh. HIV-AIDS. Kanser. Wad A&E (Accidents and Emergency) seringkali menjadi medan yang mengujakan.

Kembali ke Sheffield. Terima kasih kepada tuan rumah yang begitu baik hati membawa kami berjalan, berjalan-jalan, masak sedap-sedap dan sabar pula mendengar sambil melayan kami bercakap tidak henti-henti. Saya selalu tepergok dengan sikap manusia yang mengecewakan, malah menyedihkan, tetapi Allah sentiasa mempertemukan saya dengan budi baik dan kejujuran yang sungguh-sungguh menyentuh.

Oh ya, saya masih belum menunaikan 'janji' untuk berkisah tentang sahabat-sahabat di Crookes =).

Mungkin tidak berkait dengan entri secara langsung, tapi saya suka video dan lagu ini.




Tiga hari lagi sebelum ReAwakening.

Ya Allah, mudahkanlah dan berkatilah urusan kami keseluruhannya. Lembutkanlah hati-hati kami, dan hati-hati orang yang Engkau tentukan untuk mendapat manfaat daripada usaha ini, untuk terbuka dan menerima ilmu, taufiq serta hidayahMu.


salam,
meow~

3 comments:

farhan said...

salam.ReAwakening tu bemda alah ape? program kah?

SangPelangi said...

ala.. takleh view Youtube tu.
Apa keyword die? aku nak play..

SangPelangi said...

Oohh.. dah boleh mainkan video tu. Raikan Cinta M.Nasir. Banyak maksud tersirat dalam lagu itu.

Wah. Seronok benar nampaknya mengurus bahagian kecemasan. Aku bisa pengsan jika melihat darah, sedang kalian tampak seronok dan bersemangat dengan tugasan itu. Huhu..