Suatu malam, dalam sebuah bilik di kediaman universiti, satu ceruk di Dublin.
Saya melepak santai di atas katil. Tuan punya bilik - namakan dia CP - sedang mengemas-ngemas buku dan fail.
Tiba-tiba terpegang satu risalah, buku sebenarnya, dalam bentuk fotokopi dan berdawai kokot (stapled).
"Eh, tak tahu pun CP ada buku ni." Dia sedikit hairan dengan penemuannya sendiri. Saya seperti selalu teruja dengan apa sahaja bahan bacaan - apatah lagi yang menghairankan - terus meminta untuk melihat.
Amal Jama'iyy.
Hanya ada nama penterjemah, tidak ada nama penulis asal. Saya ketawa kecil, terfikirkan sesuatu.
"CP, baru teringat lah, dah lama aku tak baca buku harakiy rupanya."
CP turut tergelak kecil, lebih kepada senyum rasanya. Dia bukan orang hyper yang excitable dan punya threshold level yang rendah macam saya.
"Kawe pung."
assalamualaikum,
meow~
Tuesday, April 08, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kawe rasa bila membongkar balik harta karun fail-fail dan buku-buku kawe, rupanya banyak yg terasa makin asing, banyak yg telah ditinggalkan...tapi biasalah, cacing memang suka membuat lubang, meninggalkan tanda di merata-rata tempat , heheh
Post a Comment