Friday, September 28, 2007

Kontras

Badannya besar tinggi. Kulitnya hitam, rambutnya barangkali hitam keriting kasar-kasar panjang dalam topi lusuh yang membungkus kepala. Jaket dan jeans yang dipakai nampak kepam berdebu, mungkin sekali baunya hapak masam kalau dihidu.

Sebelah tangannya membimbit beg plastik TESCO lutcahaya, dalamnya ada sebungkus biskut, sekotak pizza dan satu dua barang lagi yang tidak jelas kelihatan. Dia masuk ke dalam kedai makan, matanya menyeluruhi menu. Pak cik pekedai bermata coklat (rupanya iras-iras Rajesh Kapoor pelakon filem Mera Naam Joker dan Sangam, suka sekali tersenyum dan bergurau dan memberi makanan percuma kepada pelajar-pelajar Malaysia yang makan di kedainya) menegur mesra. Dia memesan cheese burger.

"Berapa?"
"Dua pound setengah,"

Wajah dia yang memegang beg plastik TESCO dan bertopi besar membungkus rambut itu berubah.

"Tak jadi belilah."
"Eeh, apa pula tak jadi. Duduk, saya siapkan pesanan kamu." Pak cik 'Rajesh Kapoor' dengan ceria terus menyiapkan pesanan. Saya kira mungkin sekali pak cik yang baik hati itu akan membayarkan saja makanan itu kalau wang yang diberi nanti tidak mencukupi.

Dia seperti beralah, duduk di atas kerusi di depan kaunter, mengorek-ngorek saku jaket dan mengira-ngira kepingan syiling berkali-kali. Beberapa minit kemudian, setelah pesanan saya siap dan saya melangkah keluar, dia masih mengira-ngira kepingan syiling dan matanya meliar-liar memerhati papan menu di atas kaunter.


***

Di hadapan kompleks beli-belah Primark. Seorang lelaki separuh usia, kulit putih, memakai jaket bulu dan snowcap lusuh pudar warna berdiri di tepi kaki lima, menghulurkan Big Issue dengan muka penuh harap kepada orang-orang yang lalu-lalang.

(Di UK ini, kata seorang kakak, orang homeless tidak diterima bekerja di mana-mana kerana untuk bekerja memerlukan alamat. Lingkaran ganas yang kejam, kalau benar begitu! Kerana itulah ada NGO yang mengambil inisiatif mengagihkan majalah Big Issue untuk dijual oleh orang-orang yang tidak punya rumah ini, majalah berharga 1.50 pound, di mana kira-kira separuh daripada dapatan itu akan menjadi miliknya. Satu cara untuk mereka berusaha membina hidup secara bermaruah tanpa meminta-minta dan membebaskan diri daripada lingkaran ganas.)

Maaf pak cik, saya tidak lupa wajah pak cik yang tersenyum kepada saya dengan mata yang luas melimpah-limpah harapan, menghulurkan majalah yang saya tahu seperti kehidupan untuk pak cik. Ketika itu saya terburu-buru mahu mengejar bas, hambatan waktu kuliah di universiti, dan wang paling sedikit yang saya ada adalah kepingan sepuluh pound yang saya akui belum sanggup saya lepaskan bulat-bulat begitu sahaja... dan saya pasti pak cik tidak akan ada wang tukar... kedekutkah saya?

Maafkan saya...

***

Mungkin sekali, sekumpulan anak-anak kaya yang baru menerima wang belanja ekstra, yang jauh lebih banyak daripada yang mereka perlukan, daripada bapa kandung dan bapa-bapa angkat mereka, sedang berparti di kelab malam dan membelanja teman-teman selingkuhan, sambil mengira-ngira bagaimana hendak menyelesaikan tugasan kelas besok hari dengan usaha paling minimum. Dan ke mana pula hendak membeli-belah hujung minggu ini.


assalamualaikum,
meow~

4 comments:

harisNoor said...

"life is not fair" some people say.

most Muslims would (almost instinctively) say "no, of course not! Allah is The Fair and Just. This life is fair! you just need to see life from opposite sides of the coin!" i can tell you that, based on my experience.

as simple as the quote may sound, it is certainly difficult to reach a personal verdict if you think about it really hard.

as for me, i've come out with two answers. yes, life is not fair and no, life is also fair.

to summarize my point, i think life is not fair because well, take a good look around you. there are morbidly poor people trying to live earnestly. there are ridiculously rich people with nothing better to do. there are serial killers never caught, and even if they are caught, their single life is never enough to repay the multiple lives he killed. there are good Samaritans that go unacknowledged, or even tricked by con artists, and do they deserve that? NO!

when we see the world around us, there are many injustice and unfairness everywhere. i do not doubt there are fairness as well. but our main concern here is, what ABOUT the unfairness? you see, this is exactly why some people are atheist and refuse to believe in God - just watch Hollywood films, you'll understand what i mean. life is truly not fair.

but this doesn't at all mean that Allah is unfair or injust. In fact, Allah The Fair and Just created the Hereafter - the world where you can find the utopian and ultimate fairness. yes, if this world is unfair, that's exactly why you have the Hereafter, where all the unfairness in the Temporary World are amended. Subhanallah.

as for my second answer - that life is fair - let's just leave it for another time. well, just take a glance back at my "summary" of the first answer. talking about this, i can talk all day and still not finish.

A said...

Salaam Adibah
Thanks for visiting my blog. Of course I remember you!
Take care

fajar said...

salam adibah,

hidup di bumi orang memang penuh dengan cabaran. kadangkala, bukan kita tidak bersimpati. cuma, diri sendiri pun masih belum tentu terjaga.

Rebecca Ilham said...

Salam, Dibah.

Masa Kak Haz dalam bas tempoh hari, Kak Haz perasan seorang wanita separuh umur pandang Kak Haz semacam buat beberapa lama. Kemudian tiba-tiba dia bangkit dan terus duduk sebelah akak walaupun banyak kerusi lain yang kosong.

"Do you have any spare change that I could use, ma'am?" Tanyanya.

Akak memang bersimpati, tapi sungguh akak tak ada duit waktu tu. *Habit tak suka bawa wang tunai ke mana-mana*

Sejak di luar negara, akak perasan akak makin 'kedekut.' Mungkin kerana duit sahajalah yang jadi jaminan hidup di sini.