Sunday, May 31, 2009

Keris dan Bunga Tanjung

Salam.

Pagi-pagi tadi, saya terpisat-pisat bangun sekitar jam 7.30, selepas tidur kurang empat jam. Sesi pembentangan sepanjang hari untuk membantu pelajar-pelajar Tahun Tiga menduduki ujian praktikal minggu hadapan akan bermula jam 9 pagi. Saya mesti cepat-cepat bangkit dan bersiap. Sempat menjeling skrin komputer yang sedia terpasang, saya nampak empat IM Yahoo!Messenger. Dua daripadanya mengucapkan tahniah kerana cerpen tersiar dalam majalah, Dewan Siswa Jun 2009.

Alhamdulillah.

Saya sudah setahun tidak menghantar karya ke media. Masih menulis, walaupun tidak sekerap dulu, tapi tidak lagi menghantar karya. Entah kenapa saya pun kurang pasti. Nak kata takut kena reject, seingat saya, tidak pernah lagi karya yang saya hantar kena reject. Dalam aspek-aspek hidup yang lain saja saya agak dysfunctional - tapi alhamdulillah tidak dalam sastera.

Cerpen yang tersiar itu adalah tulisan saya pada hujung tahun 2007 kalau tidak silap, dan dihantar kepada Kak Eton editor Dewan Siswa semasa cuti musim panas 2008 - Jun atau Julai rasanya. Begitu lama dihantar, kata Kak Eton apabila ditanya, sudah diterima, cuma menunggu giliran untuk diterbitkan. Begitu lama sekali menunggu giliran, akhirnya sampai selepas setahun! Tersenyum-senyum seorang diri saya pagi tadi.

Moga-moga saya akan rajin menghantar penulisan ke media semula. Kawan-kawan lain yang berbakat dan berminat, jangan tangguh-tangguh, gelanggang sastera memerlukan muka-muka baru yang segar dan bertenaga =)

Saya sertakan secebis dua fragmen daripada cerpen Keris dan Bunga Tanjung yang asal dalam simpanan saya - tidak pastilah pula kalau berlaku perubahan di sana sini setelah diedit untuk penerbitan. Ah, mesti paksa adik saya belikan majalah ini sebagai koleksi!

Gelanggang berlantaikan tanah liat berpasir yang mampat padat dilatam, dikelilingi pacak-pacak andang yang bernyala memuntahkan jelaga yang cepat ditelan malam, hidup dengan teriak pekik dan guling banting anak-anak gayong. Susuk-susuk berpakaian serba hitam berlilit destar di kepala, yang perempuan mengikat sarung batik di pinggang santak ke bawah lutut, mengatur langkah perwira tapak demi tapak, susun turutan yang mulanya terkial-kial dihafaz kini sebati dengan gerak.


...

Awal remaja, aku dan Hussein bertemu di gelanggang gayong. Di bawah mata helang dan tegas jerkah bapanya Pak Mahmud, jurus silat kami pertajam, jeling-jeling memercupkan rindu dendam. Sedekad berlalu dan kami menautkan janji untuk sehidup semati, janji untuk memartabatkan gayong sebagai jati diri bangsa yang tebal dengan seni. Ada bezakah antara cinta kepada Hussein dan cinta kepada gayong?


...


“Kisah ibu dengan gemulah ayah sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan Tajuddin. Dia benar-benar belot. Mengkhianati gelanggang, mengkhianati gayong. Mengkhianati Anum!”

Sekarang, aku bukan lagi gurulatih tegas di tengah gelanggang. Faridah Hanum, puteri sulungku yang selalu sekeras berlian, menghamburkan tangis di bahu ibunya.



salam,
meow~

4 comments:

Anonymous said...

ya allah, amende akak tulis nih?

hehe, ayat2 berputar belit macam ular sawa..
atau aku nih berlebih blur untuk paham ape2...

waaaah, tak sangka akak ni hebat menulis...
akak cube buat karya untuk kanak2 ke...

ok, semoga berjaya

ws wrm

adibah abdullah said...

salam.
to be honest, saya tak berapa gemar dengan komen2 yang menyatakan bahawa tulisan saya berbelit2, berbunga2, susah nak faham dsb. i'd respect what you think about my writing, but i'd appreciate more if you don't waste your time telling me so - i'm not going to change anyway.

in other words, attitude saya kepada pembaca adalah, 'kalau tak faham, sudah.'

karya untuk kanak-kanak? saya menulis untuk remaja/dewasa, tak berminat dan tak punya jiwa riang ria untuk menulis kisah kanak-kanak.

terima kasih kerana berkunjung. =)

ayasofya said...

salam adibah.Missing ur karya masa NEXT.Keep up writing adibah!

hAs's said...

whut da great work!
tahniah krn tersiar lam majalah..
even dalam kesibukan study,sempat berkarya..hebat2.
well,camana eh nak hantar kat majalah siswa tu?i'm trying to..ada web dia ke?hope so=)

kip nice effort then=)