Tuesday, June 13, 2006

bahasa dinihari

a'kum
Sepatutnya pengumuman ini dibuat lama dahulu. Blog ini mempunyai adik perempuan. hehe. 'sister blog' yang dinamakan Kucing Belang 2. http://anakgayong.blogs.friendster.com/kucingbelang2/
Jika Kucing Belang dilatari bait-bait kata yang 'sopan' dan 'jiwang', Kucing Belang 2 lebih agresif dan audacious. Tahap kerosakan tatabahasanya lebih tinggi. Hehe. Dan isu yang disentuh lebih akrab dengan hidup sehari-hari saya. Secara zahirnya.
Kadang-kadang saya berfikir, adakah blog ini dilawat sesiapa? Atau laman sesawang ini akan ditumbuhi lalang dan ranting-ranting berceracakan tanpa saya sendiri memerun dan mencantasnya? Jika ada sesiapa yang berkunjung, hulurkanlah salam. Jika tidak ada sesiapa pun tidak mengapa, kerana fungsi utama sebuah rumah adalah menaungi empunyanya, menerima tetamu tidak mendefinisikan erti kewujudannya walaupun kehadiran itu amatlah dihargai.
Cinta tetap membuak di hati, tumpahnya menitiskan ilham untuk menulis dan menulis lagi.
salam mesra, meowwww...

2 comments:

Anonymous said...

Muahahahah.... terbayangkan wajah Dibah ketika baca posting ni - dalam kenakalan dan kelakaranmu masih sempat bermadah kata ya ;)

Anyway, this is my first comment to you - insyaAllah there will be many more sincere, intellectual comments from me in the future. Dun worry, kalu Dibah bimbang takdop org menjenguk rumah mu, akan ku datang menjenguk tapi pakai topeng pelbagai hehehe ;) Napok mace ghama sikip kor guna ihiksss... OK tata, lapar nihh sari tok make.

Anonymous said...

Salam buat Adibah...
Kita jarang2 sekali bersua untuk berbual-bual dan bertukar-tukar buah fikiran tentang dunia yang semakin tenat ini mahupun akhirat idaman yang kekal muda... mungkin juga kita tidak pernah bersua...
Namun Adibah, saya kenal benar tentang saudari... melalui sahabat karib saya Khalil... jika tidak melalui sahabat2 saya yang lain.

Saya juga pernah terfikir perkara yang sama; adakah ada insan lain yang datang menjenguk apatah lagi membaca entri-entri blog yang telah ditulis dengan 'penuh perasaan'? Saya rasa mungkin telah menemui jawapannya, ketika saya membaca blog saudari... Tidak semua yang datang membaca menyalakan obor untuk memberitahu bahawa dia pernah berada di situ... Saya sendiri tidak menafikan bahawa saya menulis dalam blog saya dengan harapan golongan-golongan sasaran membaca dan sedikit sebanyak (dengan izin Allah) tersedar, di samping menjadi suatu 'channel' untuk melepaskan sedikit kemelut yang terbuku di hati ini...

Seorang sahabat telah menjemput saya untuk membaca entri2 saudari. Jadi sekiranya dikira, sudah 2 orang pembaca. Boleh jadi sahabat saya juga telah 'dijemput' oleh sahabatnya pula. Dilihat dari suatu sudut yang lain, boleh jadi suatu 'network of friends' telah membaca blog saudari tetapi banyak memilih untuk menjadi 'silent observer', atau lebih tepat lagi 'silent reader'!

Mulai sekarang saya akan menjadi pembaca setia. Moga dengan ini saudari akan tidak putus asa untuk terus mengarang dan berjuang! InsyaAllah...

Dari: Mohd Haris bin Mohd Noor (M04M)