assalaamu'alaykum.
Cuti musim sejuk di hemisfera utara ini banyak menyaksikan program itu dan program ini. Yang saya tahu seperti PUISI(Perhimpunan Ukhuwah Insaniyyah Seluruh Ireland) di Ireland; PMS(Perhimpunan Musim Sejuk) di Coventry,UK; Muktamar MISG-IMSA di StLouis, Missouri, USA; TDC (Texas Dawah Convention) di Texas, USA. Alhamdulillah, banyak ilmu yang insyaAllah bermanfaat dicurahkan dan diterima. Moga diberkati hendaknya.
Melihat senarai nama-nama penceramah dan credentials masing-masing, tidak dapat tidak terasa kagum. Gerun pun ada. Omak ai hebatnya. Lalu terkocoh-kocohlah kita mengutip contact detail para orang-orang hebat ini. Contact detail yang entah akan digunakan, entah tidak. Dan bangga benar pula rasanya kalau dapat bergambar dengan mereka, mengaku mempunyai personal acquaintance dengan mereka, apatah lagi kalau dapat berborak-borak dengan mereka seusai ceramah. (saya tidak berniat menyindir sesiapa melainkan diri sendiri yang sentiasa memerlukan peringatan, sesungguhnya yang hebat itu hanya Allah..)
Sambil-sambil kita terlopong menadah ilmu daripada penceramah berijazah dan berpengalaman ini, apa kata kita alihkan pandangan sejenak. Sesungguhnya ilmu dan pengetahuan itu boleh dilambakkan sebanyak mungkin dari luar, tetapi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan ilmu itu, yang berkesedaran dan bertindak hasil ilmu yang diperoleh, adalah diri kita sendiri. Atau lebih tepat, hati kita sendiri.
Adakah ilmu yang dikutip itu semata-mata untuk memperkaya diri dengan pelbagai istilah aneh-aneh, konsep yang menganga orang mendengarnya, dan buah bicara yang kaya dengan karisma sehingga siapa yang tidak mengagumi? Atau name-dropping, menyebut tokoh itu dan tokoh ini, buku itu dan buku ini, sebagai testimoni kepada hebatnya dan luasnya pembacaan diri?
Mudahnya, ilmu dan praktikal perlu seiringan. Ilmu yang ditambah, dan ditambah, dan ditambah, biarlah ada output yang munasabah. Mencari ilmu kerana Allah. Dan fikirkanlah bagaimana ilmu itu dapat digunakan lagi untuk mencari keredhaan Allah. Ilmu yang bermanfaat, yang diajar kepada orang yang menggunakannya ke arah kebaikan, yang digunakan ke arah kebaikan yang berterusan, insyaAllah bakal menyuluh gelita pusara.
Tidak bermaksud untuk meleret-leret. Poin saya di sini, ilmu dan ilmu dan ilmu yang ditimba itu, yang ditulis dalam nota-nota yang berhelai-helai, yang dirakam dalam berela-ela pita (atau bermega-megabait fail), biarlah difungsikan. Jangan menjadi seperti kitab berdebu di atas rak, bezanya sekarang rak itu adalah akal dan kotak memori kita yang penuh dengan ilmu pengetahuan - yang tidak difungsikan?
Setidak-tidaknya kongsikan pengetahuan itu dengan sahabat-sahabat yang tidak berpeluang mengetahui. Gunakan pengetahuan itu untuk membina pemahaman tentang dunia, merangka visi dan misi untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar. Lebih aktif, bergiat secara aktivisme - gerakan belia, da'wah, penulisan, dll. Pelengkap kepada kehidupan akademik. Sekadar cadangan. Khalayak pembaca yang bijak tentunya lebih tahu daripada saya, bagaimana memfungsikan ilmu pengetahuan yang bertimbun seperti emas bergunung itu.
Balik kepada isu ceramah-ceramah dan pembentangan daripada penceramah-penceramah dan pembentang-pembentang yang hebat melopongkan tadi. Sahabat, ilmu dan pengetahuan itu mempunyai nur dan glory sendiri. Benar, sumber adalah penting. Kredibiliti sumber adalah mustahak. Tapi bagi saya, pada pandangan saya yang serba daif ini, yang lebih utama adalah hati yang menerima dan merasai.
Hati yang jernih, yang berfikir, yang memahami, akan memperoleh dan menghayati ilmu daripada lidah penceramah yang fasih dengan paparan LCD yang gah, daripada halaman-halaman buku ilmiah bertulisan kenit (tulisan orang-orang hebat juga ya), daripada laman-laman web yang masyhur (juga disediakan oleh pihak-pihak dengan wibawa sukar dipersoal).
Hati begini juga akan dapat melihat hidup dengan lapis-lapis maknanya yang bertindih daripada helai-helai buku teks universiti, daripada bual bicara dengan teman-teman, daripada gerak laku manusia sekitar, daripada senyum jurujual di kaunter kedai, daripada gurau sang pemandu bas. Sahabat, setiap yang berlaku dalam hidup itu punya makna. Punya nilai pada refleksi, pengamatan dan pemikiran. Dan seringkali ilmu yang diperoleh dengan cara ini lebih mendalam impaknya, lebih halus kesannya kepada diri daripada ilmu yang diperoleh dengan cara yang formal atau 'gah'.
Jadi, moral cerita ini?
Saya langsung tidak memandang negatif kepada ceramah dan persidangan dan lain-lain yang seangkatan. Malah saya gemar menghadirinya, gemar membaca buku-buku ilmiah dan gemar melayari laman-laman web established. Cuma ingin memperingat diri sendiri dan sesiapa yang sudi berkongsi peringatan, guru yang terbaik, yang paling dekat dengan hati, adalah kehidupan ini dan segala peristiwa yang mengisinya. Melihat sesuatu jangan selapis hendaknya, rajin-rajinkan diri berfikir dan merenung, apakah yang Allah sampaikan kepada aku melalui apa yang aku lihat/dengar ini?
Dan lagi, ilmu dan ilmu dan ilmu itu, jangan jadikan simpanan data yang dorman tidak difungsikan. Untuk pembangunan diri itu sudah perlu, untuk pembangunan ummah, ya fikir-fikirkanlah. Bukankah hidup ini satu perkongsian, tidak sempurna iman tanpa mencintai saudara sehebat cinta untuk diri sendiri, dan salah satu tugas manusia dalam kewajibannya mengabdikan diri kepada Allah adalah memakmurkan bumi?
Mungkin kita dapat bertanya diri sendiri, bertanya hati sendiri, berbezakah nilai ilmu yang disampaikan melalui ceramah Dato' Prof Dr XXX al-YYY daripada nilai ilmu yang disampaikan melalui pak cik takeaway yang memberi air botol percuma kepada sang kanak-kanak yang menangis selepas jatuh terhantuk kerusi di kedainya..
Semuanya terletak pada hati. Dan Allah Maha Mengetahui.
salam fitrah,
meow~
Tuesday, January 09, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam
Peringatan yang baik. Sedang tak semua yg dapat mengambil iktibar atas tiap kejadian yg berlaku seharian.
Mahu tak mahu mesti renung dan fikir. Tak boleh malas-malas.
quote:
Adakah ilmu yang dikutip itu semata-mata untuk memperkaya diri dengan pelbagai istilah aneh-aneh, konsep yang menganga orang mendengarnya, dan buah bicara yang kaya dengan karisma sehingga siapa yang tidak mengagumi? Atau name-dropping, menyebut tokoh itu dan tokoh ini, buku itu dan buku ini, sebagai testimoni kepada hebatnya dan luasnya pembacaan diri?
saya suke benar tang ni. sungguh mendalam. macam familiar. begitukah mak kucing? huhu..
Ilmu/Dakwah punya medium pelbagai.
Tak semestinya kena hadir ceramah baru boleh belajar sesuatu.
Good point, Dibah!
P.S. Dah sampai Denver.
Terima kasih atas layanan baik sepanjang-panjang Kak Haz di sana!
Remember that: A drop of passion can contaminate an ocean of knowledge.
Keikhlasan penulisan dan ketulusan hati penulis amat menyegarkan....
Terima kasih untuk santapan rohani yang indah ini duhai Dibah :)
fuhhh...
tadi aku mngantok..skarang cergas giler..
sedikit menampar wajah mereka yang berlidah pedang..yang sering memangkas ilmu menarah amal untuk didagangkan..
cuma menjinjing ego tanpa sekelumit pun rasa malu di khalayak insan..
andai Al-farabi mahupun Khawarizmi masih bernyawa, tentu basah jubah usang itu kerna tangiskan ilmu yang disia-siakan..
(apa lagi mak kucing...silalah balas puisi ini di jalur corak Sang Pelangi)
erm...sedaknyo ssekuk custard...
eh...mu kato gapo doh..ok aloh..keno baco smula.. =p
salaam sdri,
"janganlah bagi apa2 pada petapa, supaya ia terus menjadi petapa; tetapi bagilah wang kepada cendikiawan supaya ia terus berkarya!" - Hafeez
Post a Comment