Saya lihat tuan itu terjengah-jengah,
ada apa ya di sebalik jendela kotor pecah
pada dinding batu kota yang punah?
Jatuh ke lutut dia merangkak
tangannya mencium debu dan tanah
ditusuk kerikil sendu
bertaburan bersama serpih-serpih tajam rindu.
Mata tuan itu mengorek-ngorek resah
retak-retak aspal jalan yang rekah
sudah usang dimakan masa
rumput cuba mengintai dunia dari celahnya
layu kehausan cahaya.
Ah, tuan itu mencari apa?
Kakinya diangkat-angkat
tapak capalnya dibelek-belek
ada cuma habuk-habuk kenangan
ditinggalkan waktu yang sudah jera menunggu
tuan itu geleng-geleng,
tidak ada apa-apa yang ketemu.
Apa yang tuan cari?
Hari mendung semakin gelap
tuan dongak, minta awan kelabu pergi
barangkali tuan mahu sedikit matahari
supaya dapat terus mencari-cari.
Tuan itu mengetuk-ngetuk gerbang usang
pada dinding batu kota,
dulu, dia pergi tanpa menoleh ke belakang
sekarang, dia pulang memanggil-manggil masa silam
yang menyahut hanya gema
melantun-lantun dalam sunyi kota.
Saya dengar tuan itu terus memanggil-manggil
mengintai-intai kekosongan dalam jendela
merangkak-rangkak lagi mengorek debu
Tuan, apa yang tuan mahu?
Saya minta maaf tuan,
maaf yang tuan cari,
tidak ada di sini.
-Ilham datang bila-bila masa, dalam pelbagai rupa. Kalau mahu terasa, silakan. Kalau mahu berfikiran positif, silakan. Sesebuah tulisan itu terbuka kepada seribu macam tafsiran!-
Salam Ramadhan,
meow~
Monday, September 10, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
"Sesebuah tulisan itu terbuka kepada seribu macam tafsiran!"
Terasa, tapi hati degil menafikan. Katanya bila ada seribu tafsiran, maka hilang nilainya, barangkali -- seperti kata Orang Putih -- sejenis taktik Obfuscation-based subterfuge!
aik? kasihan sungguh tuan itu..
tinggal capal jek? Mana pegi Crocodile emas atau Cardin? Capal mahal kot tu.. hehe..
p/s:
Mungkin hidup "tuan" hilang imbangan.
Benda silam yang tak digunakan,
dikutip semula dari tempat buangan.
Kasihan.
Salaam alaikum
maafin sih, ana x paham laa ehek. Boleh tolongin explain tak? :D
pape pn , salam Ramadhan, slmt berpuasa, berbuka, bersahur, beribadah2 dsbnya, selamat belaker.
Jazaakillahi khoirol jazaa'
:)
inikah dia sajak yg cik adibah maksudkan, misteri sungguh si tuan tu...
sayang tuan itu belum ketemu apa yg dicarinya. maaf itu tak ada di situ kah? mungkin belum masanya yang empunya ingin memberi pada sang tuan yg sibuk mencari. tak mengapa tuan, saya percaya masa mungkin bisa membawa maaf yg tuan damba. sudahlah tuan, dinding batu kota yg punah, retak-retak aspal yg rekah, gerbang usang yg pernah tuan tinggalkan- semuanya tidak mungkin kembali tersergam indah. tuan pulanglah. biarlah kota itu berterbangan jadi habuk kenangan, mana tahu di atas runtuhannya bisa dibina istana agung bermahligaikan bahagia.
-salam dari kampung sebelah-
Menusuk sungguh maksud karya tuan hamba.. huhuhu... opps masuk umah org tak bagi salam... Salam perkenalan dari ore kelate..huhu...
Post a Comment