Wednesday, January 03, 2007

rangkaian renungan

(i) Mimpi Memilih Qiblat

alamat apakah ini
melangkah masuk madrasah
yang kulihat dua tiga jemaah
masing-masing lain qiblah

dua tiga yang mungkin rawatib atau tahiyatul masjid
mungkin fardu sendiri-sendiri
atau mufaraqah barangkali
bersimpang-siur arah menghadapkan wajah

"mengapa kumpulan itu menghadap ke sana, mengapa kalian menghadap ke sini?"
"oh mereka itu jemaahnya lain, mazhabnya berbeza, begitulah kiranya."
aku takjub kaget terpaku
arah mana qiblatku
sedang asar semakin berlalu



-foto refleksi sebahagian bangunan Istana Nasrid yang pernah gah di Granada, refleksi dalam air kolam yang keruh~


Beri Merah

sekujur aku dirangkul musim dingin
kelilingku alam suram kelabu






di pinggir pagar, daun-daunnya masih hijau
dan gugus-gugus beri merah berkilau
aku terpukau.




Suara Matamu

pedulikah dunia
langkahmu srikandi
kepada manusia, kau bukan abdi

atau dunia terus bodoh sendiri
dalam delusi
merampas hak yang cuba diperjuangkan.

selubung hitam
adalah sutera-sutera syurga
kaucagarkan puja dan puji
kauserahkan warna-warni duniawi
kerana mardhaatillah yang kaucari




suara matamu,
yang tajam sinarnya menembus hatiku
mengkhabarkan perihal roh yang bebas
dimerdekakan oleh pengabdian kepada Yang Berhak
mewartakan perihal pendirian yang tidak rebah
sekali-kali tidak kita akur kepada perintah mereka
yang cuba mengatur cara hidup kita

dan kau,
suara matamu
memperingatkan aku
akan erti kesucian, 'izzah dan maruah
bilakah mampu mataku
bersuara seperti matamu?



assalaamu'alaykum,
salam perjuangan, renung-renungkan
meow~

6 comments:

Anonymous said...

nasib baik kita bukan di alam mimpi,tak perlulah memilih qiblah =)
pohon kita semua dipelihara dari perkara2 sebegini...

harisNoor said...

Mengapa mesti umat memilih qiblahnya sendiri? Bukankah asalnya qiblah itu satu? Mengapa mesti umat itu terlupa bahawa qiblah itu satu? Bukankan kalau begitu sia-sia sahaja lima kali sehari menadah tangan dan mulut berkumat, "Ya Allah satukanlah (qiblah) umat-umat Islam semuanya."?

Aku pasti Rasulullah s.a.w. akan menangis melihat qiblah yang baginda sendiri arahkan kini sudah beranak pinak dan mengambil haluan masing-masing.

Anonymous said...

erm..sedih..
pecahnya kiblat, lambang tak kesatuan kita..wallahualam..

Anonymous said...

ko ke tu yg dlm gambar muslimat berniqab??

Kaki Bangku said...

letak ler cbox... mudah sket utk aku spam

Anonymous said...

perbezaan jamaah tidak akan mencerminkan perbezaan qiblat. pelambakkan jamaah tidak membawa kepada perpecahan umat. hanya sikap kita yang akan memecah belahkan umat. apakah tidak boleh berlumba dalam melakukan kebaikan? aku pasti Rasulullah tidak akan menangis melihat banyaknya jamaah tapi aku juga pasti baginda akan menagis melihat jamaah saling menyerang atara satu sama lain.